PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ehsan -Majlis Keselamatan Negara MKN
- Astro AwaniAktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
* Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak
dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas
daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
* Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan.
* Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup.
* Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
DITUTUP.
* Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
* Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan
perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara
https://www.mkn.gov.my/web/ms/
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM