Kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Zon merah  iaitu Sandakan, Papar , Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor bermula 9 Oktober ini jam 12.01 tengah malam susulan peningkatan Koronavirus (Covid-19) di kawasan tersebut.

Sop yang ditetapkan untuk daerah klang ialah:-

1. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibernarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan & keperluan rumah.

2. Perniagaan bukan perkhidmatan perlu (non essential service) hendaklah ditutup.

3. Restoran , kedai makan , kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 hingga 6.00 petang.

4. Pembelian makanan hanya mengunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.

5. Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

6. Operasi pasar harian adalah antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

7. Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.

8. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan Swasta dibenarkan secara 24 jam.

9. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

10. Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) di benarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.

11. Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.

12. Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

13. Bagi kes kecemasan adalah dibernarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.

14. Penduduk yang berkerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh berkerja sepanjang tempoh PKPB.

15. Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau berkerja dari rumah.

16. Kebenaran untuk berkerja hanya bagi Perkidmatan perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.

17. Masjid, surau , rumah ibadat bukan islam, Institut pengajian tinggi awam dan Swasta, institut latihan kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat tahfiz, Pusat jagaan kanak-kanak adalah ditutup.

18. Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, Sosial & Budaya adalah tidak dibenarkan.

PKPB KLANG


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama