![]() |
Bantuan prihatin nasional |
Untuk permohonan BPN baru korang boleh buat melalui pautan seperti dibawah:-
atau korang boleh menghantar borang secara persendirian datang ke cawangan / Pusat khidmat hasil yang terdekat dengan tempat korang PKH atau UTC LHDN.
Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.
permohonan kali ini korang tidak perlu nak siapkan segala dokumen, fail dll yang melibatkan dokumen sokongan ketika permohonan dibuat.
Kesemua permohonan yang korang hantar akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)
Terkini kita baru je dapat peruntukan bantuan tambahan lagi dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yamg diumumkan pada tempoh hari untuk lanjutan agihan BPN yang dikenali sebagai BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat di Malaysia.
1. bantuan tambahan sebanyak RM1,000 kepala golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.
2. Bantuan sebanyak RM500 kepada 3.8 juta B40 bujang ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta M40
3. Untuk 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima bantuan sebanyak RM300.
Untuk agihan pembayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung bulan Oktober dan ansuran kedua pada Januari 2021 pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.
Penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif bantuan prihatin national untuk permohonan BPN yang melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi beberapa golongan bujang dan isi rumah.

Catat Komen
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM