Pembahagian faraid susunan waris faraid
Apabila seorang mati dan meninggalkan ibu, ibu berhak mewarisi dengan tiga kaedah iaitu 1/3, 1/6 dan 1/3 daripada baki.
Kefahaman pembahagian faraid mewarisi harta dan huraianya seperti berikut:
Ibu mendapat 1/3 bahagian daripada harta pusaka apabila memenuhi syarat berikut iaitu:
* Si mati tidak meninggalkan keturunan ke bawah (zuriat), sama ada anak atau cucu.
Atau;
* Si mati tidak meninggalkan lebih daripada seorang adik-beradik (dua orang atau lebih).
Contohnya: Sulaiman belum berkahwin, telah mati dan meniggalkan ibu, bapa dan seorang adik lelaki. Ibu mendapat 1/3 bahagian kerana Sulaiman tidak mempunyai keturunan ke bawah (zuriat) dan hanya mempunyai seorang adik sahaja. Manakala bakinya 2/3 bahagian diwarisi oleh bapanya. Adik-beradik tidak mewarisi harta kerana terdinding atau dihalang oleh adanya bapa.
Baca Juga: Marah Kunci Kejahatan
CONTOH 2
Sulaiman mati dan meninggalkan isteri. Sulaiman tidak mempunyai anak dan meninggalkan ibu serta tiga orang adik-beradik seibu sebapa, satu lelaki dan dua perempuan. Walaupun si mati tidak meniggalkan keturunan ke bawah (zuriat), ibu mendapat 1/6 bahagia kerana si mati meniggalkan tiga orang adik-beradik (lebih daripada seoarang adik-beradik).
Pembahagian faraid ibu satu perenam
Kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas iaitu 1/3 dan 1/6 bahagian ada disebutkan di dalam al-Quran Surah An-Nisa' ayat 11, mafhumnya:
"Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya; satu perempuan daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisi hanyalah kedua-dua ibu bapanya , maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam."
Terdapat sedikit kekeliruan, iaitu saya mendapati dua sijil faraid yang menyatakan bahawa waris yang berhak mewarisi ialah ibu dan bapa si mati sahaja, tiada anak dan tiada adik-beradik. Tetapi dalam kedua-dua kes itu, faraid berlainan seperti berikut:
Faraid 1: ibu mendapat 1/3 bahagia dan bapa mendapat 2/3 bahagian.
Faraid 2: ibu mendapat 1/6 bahagian dan bapa mendapat 5/6 bahagian.
Bolehkah ustaz jelaskan?
Memang benar, kadangkala terdapat kekeliruan dalam menentukan bahagian ibu. Namun apabila dihalusi , sijil faraid yang dikeluarkan itu bertepatan dengan kaedah yang sedang kita bincang ini.
Bagi kes faraid 1, si mati tidak meninggalkan keturunan ke bawah dan tidak juga meniggalkan adik-beradik. Maka sijil faraid dikeluarkan seperti berikut:
![]() |
![]() |
Sebagaimana yang ustaz nyatakan bahawa ibu mendapat 1/3 baki. Bahagian ini tidak disebutkan dalam al-Quran. Boleh ustaz nyatakan sumbernya dan apakah yang dimaksudkan dengan 1/3 baki?
Kenapa lelaki dapat harta lebih dari perempuan
Kaedah pembahagian 1/3 baki tidak disebutkan dalam al-Quran dan tidak pula wujud pada zaman Rasulullah SAW . Kaedah ini telah diputuskan oleh sayidina umar rma bagi menyesuaikan pembahagian faraid lelaki dan perempuan. Yang mana waris lelaki mendapat bahagian yang lebih berbanding waris perempuan termasuklah bahagian ibu dan bapa. Sekiranya ibu diberikan bahagian sebanyak 1/3, bermakna ibu akan mendapat lebih banyak daripada bapa seperti rajah di bawah:
![]() |
Kaedah 1/3 baki ini merupakan kaedah khusus bagi ibu dan dinamakan kes 'Umariyyahatain' dan telah disepakati oleh para Sahabat dan jumhur ulama.
Ibu mendapat '1/3 baki' bagi dua kes khusus iaitu ketika si matibhanya meninggalalkan warus-waris berikut:
*Ibu, bapa dan suami. (Ibu mendapat 1/3 daripada baki serelah diberikan bahagian suami).
*Ibu, bapa dan isteri. (Ibu mendapat 1/3 daripada baki setelah diberikan bahagian isteri).
Baca Juga: Kelebihan Berselawat
![]() |
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM