Kesan Al-Quran pada orang sakit, Al-Quran itu Syifa' dan Rahmah

Seorang jurutera dan penyelidik dari Syria, telah berkongsi hasil kejian yang menarik mengenai kesan mendengar bacaan al-Quran.

Abduldaem Al-Kaheel banyak mengkaji keajaiban al-Quran dan sunnah dari sudut saintifik. Dalam salah satu kajiannya, beliau mendapati bahawa dengan mendengar bacaan al-Quran terus menerus sepanjang hari, ia memberi kesan terapi yang amat menakjubkan ke atas pada orang sakit.

Untuk mendapatkan kesan terapi al-Quran itu, beliau menyarankan agar pesakit diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran sekerap mungkin pada waktu pagi, petang dan malam; ketika sedang tidur, ketika bangun daripada tidur dan sebelum tidur. Walaupun ayat-ayat yang diperdengarkan itu sekadar rakaman, ia memiliki gelombang suara yang menpengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya.

Berdasarkan kajian beliau, mendengar bacaan Quran terus menerus itu akan menghasilkan kesan menakjubkan seperti:

Sudah baca? Al-Quran sebagai pembela

1. Meningkatkan kekebalan sistem tubuh.

2. Meningkatkan kreativiti.

3. Meningkatkan kemampuan konsentrasi.

4. Meningkatkan kemampuan berpidato.

5. Mengubah perilaku dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan.

6. Mencipta kedamaian dan meredakan ketegangan saraf.

7. Merawat kegelisahan dan iritasi 

8. Meningkatkan kemampuan membuat keputusan yang tepat.

9. Mengurangkan rasa takut dan ragu-ragu.

10. Meningkatkan dan mengukuhkan keperibadian.

11. Membaca Al-Quran menyembuhkan penyakit kronik.

12. Menyembuhkan penyakit biasa seperti alergi, sakit kepala, selesema dan lain-lain

13. Melindungi diri daripada penyakit seperti kanser dan sebagainya.

14. Al-Quran merawat orang sakit

Menakjubkan berhenti merokok dengan mendengar al-quran

Abduldaem sendiri pernah menjadi perokok tegar dan tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok. Selepas hanya mendengar bacaan al-Quran terus-menerus, dengan sendirinya beliau berhenti merokok. Ini meyakinkan beliau pada rahsia kekuatan al-Quran. Dalam laman sesawangnya; kaheel7.com, beliau mengungkapkan: "Jika anda sakit atau menghadapi apa jua bebanan kehidupan , dengarkan bacaan al-Quran dan hayati ia, insya-Allah al-Quran itu syifa' dan rahmah untuk anda!"

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebut nama Allah akan bergetar hatinya dan apabila di bacakan ayat-ayatNya akan bertambah iman mereka bertawakal." (Al-Anfal 8:2)

Sejarah awal islam menyaksikan orang seperti Sayidina Umar al-Khattab yang keras hatinya dan kuat menentang Islam, boleh bergetar hatinya dan cair egonya ketika mendengar bacaan al-Quran buat pertama kali. Tidak mungkin perkara itu berlaku kalau bahasa Arab bukan bahasa ibundanya atau kalau beliau sama sekali tidak faham bahasa Arab.

Kenapa hati tidak bergetar membaca ayat-ayat Al-Quran yang menyebut nama Allah dan janji-janji-Nya? Padahal ribuan malaikat mengiringi turunnya Ayat Kursi sahaja; 

Betapa dengan seluruh al-Quran! Kenapa dengan membaca al-Quran, tidak timbul rasa hina diri di depan Tuhan dan kita tidak dapat menghayati kebesaran dan keagungan Allah melalui kalamNya itu? Kenapa ia tidak berlaku? Salah satu daripada sebabnya, kerana ayat-ayat yang dibaca itu tidak difahami maksudnya, selaian kerana hati yang kotor dan terhijab. Maka kita tidak dapat membezakan antara ayat-ayat rahmat dan ayat-ayat azab. Wallahu a'lam.

Sudah baca? Kelebihan orang yang berselawat

Semoga dengan panduan bacaan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua serta jadi amalan dalam kehidupan seharian kita.

Al-Quran menyembuhkan orang sakit
Menakjubkan Al-Quran Pada Orang sakit

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama