Makan kerana Allah @ kerana lapar?


Kita bersahur, mendapat pahala. Kita berpuasa pun mendapat pahala. Adakah makan waktu berbuka juga boleh dapat pahala?


Kita makan niat kerana Allah. Makan kerana Allah berbeza dengan makan kerana lapar.


Orang yang makan kerana lapar, sambil tangan menyuap makanan, matanya melilau  melihat hidangan di hadapannya. Maksudnya , mahu diambil apa-apa sahaja selagi yang boleh.


Makan kerana Allah, walaupun di hadapanya cuma ada ikan goreng dan sayur , dia tidak mengeluh atau terputus selera. Berbisik di dalam hatinya. "Ya Allah Inilah rezeki aku hari ini. Syukur Alhamdullilah. Orang lain belum tentu ada rezeki macam ini."


Ambil pinggan, isi nasi. "Ya Allah, aku hendak makan nikmat-Mu kerana-Mu. Ya Allah."Dia makan dengan cermat. Siapa yang memandang pasti terpesona. Orang yang makan kerana Allah, Allah akan jaga sepanjang dia makan itu. Orang yang makan kerana Allah, bukan sekadar dapat kenyang, tetapi dapat macam-macam, Makanan itu akan menumbuhkan daging yang baik dan sihat. Orang yang makan kerana lapar dia hanya dapat kenyang sahaja.

Panduan makan
Makan kerana Allah

Semoga perkongsian ini mendapat manfaatnya niat keikhlasan kerana Allah untuk kita istiqamah dalam melakukan penghijrahan ke arah kebaikan. IsnyaAllah


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama