Bayar zakat atas talian dengan iZakat aplikasi

Seiring dengan peredaran masa, bayaran zakat harta tidak lagi perlu dibuat secara manual iaitu pembayaran di kaunter zakat, tetapi melalui sistem dalam talian.

Sekiranya pada era 90-an dahulu , pembayaran zakat hanya tertumpu di kaunter-kaunter zakat , tapi sekarang trendnya mula berubah. Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah memperkenalkan cara cepat dan mudah membayar zakat, iaitu melalui aplikasi Zakat. Ia juga selaras dengan kemajuan teknologi masa kini seperti luasnya pengunaan telefon pintar dan tablet dalam kalangan masyarakat. Aplikasi iZakat boleh dimuat turun di telefon pintar menerusi aplikasi App Store bagi pengguna iPad dan Iphone, manakala Google Play bagi pengguna Android secara percuma.

Baca juga? Terkini permohonan baru rumah mesra rakyat RMR

Pusat zakat
Pusat pungutan Zakat

Ia mula dilancarkan pada 14 disember 2013. Pihak PPZ - MAIWP berusaha menampilkan kemudahan bayaran yang terbaru ini bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan kewajipan berzakat . Ini selaras dengan tuntutan agama yang mebuntut umatnya berzakat sebagaimana Allah SWT berfirman, maksudnya

"Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka , dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka..." 

(Surah at-Taubah 9:103)

Terdapat tiga elemen utama di iZakat iaitu taksir, bayar dan semak . Melalui taksir , para pengguna boleh membuat pengiraan ke atas zakat menerusi kalkulator zakat yang disediakan untuk membantu memudahkan urusan pengiraan zakat.

Pembayaran zakat melalui telefon pintar senang

Setelah pengiraan dibuat, para penguna boleh terus membuat bayaran mengunakan telefon pintar mereka. Pembayaran zakat boleh di buat menerusi bank-bank yang menyertai FPX seperti RHB Bank, Bank Islam, Maybank, Public Bank , CIMB Bank dan Hong Leong Bank Islamik Bank. Setelah pembayaran berjaya , pembayar akan menerima notis pemberitahuan transaksi dan segala maklumat akan di email kepada pembayar.

Dalam tempoh tiga hari selepas transaksi , pembayar boleh membuat semakan semula dalam akaun mereka. Manakala resit rasmi akan di pos dalam tempoh 14 hari . Selain itu , terdapat juga perkhidmatan info zakat. Di info zakat , para pengguna didedahkan dengan maklumat kemudahan pembayaran zakat seperti melalui kaunter PPZ, perbankan mengunakan internet.

Bayar zakat tidak perlu ke kaunter beratur panjang

Antara kelebihan utama iZakat ,pembayar tidak lagi perlu ke kaunter dan menunggu giliran atau beratur untuk membayar Zakat. Selain itu , ia turut menjimatkan masa pembayaran kerana bayaran dibuat secara dalam talian tanpa perlu risau akan kesesakan di jalan raya. Aplikasi ini juga menjamin keselamatan pembayar kerana mereka tidak perlu membawa wang yang banyak untuk membuat bayaran malah pembayar boleh membuat taksiran sendiri dan menunaikan zakat mengikut masa yang terluang.

Dengan adanya kemudahan iZakat , harapan masyarakat akan lebih sedar akan tanggungjawab dan kewajipan membayar zakat kerana direka untuk memudahkan para pembayar dan tiada alasan untuk tidak membayar zakat. Semoga bermanfaat sebagai panduan untuk kita semua.

Sudah baca? Cara daftar Paypal dengan CIMB Bank

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama