Ambil iktibar dari ramadan

Balasan dua orang wanita muntah Daging Merah

Dua orang wanita sedang berpuasa, tetapi tidak tahan lalu meminta kebenaran Nabi untuk berbuka. Mereka menghantar wakil bertemu Baginda . Nabi memberi dua buah bekas kepada wakil itu seraya menyuruh kedua-dua wanita berkenaan muntah di dalam bekas itu seraya menyuruh kedua-dua wanita berkenaan muntah di dalam bekas itu. Apa yang hendak dimuntahkan kerana mereka berdua sedang berpuasa? Tidak ada apa-apa yang mereka makan. Namun perintah Nabi dilaksanakan dengan patuh. Alangkah terkejutnya kedua-dua wanita itu kerana mereka memuntahkan daging mentah yang berdarah dan bernanah. Orang ramai menjadi hairan. Lalu Nabi menerangkan bahawa wanita tersebut menahan diri mereka daripada memakan makanan yang halal , tetapi mereka telah mengumpat ; sekali gus merosakkan pahala puasa mereka (lhys' Ulumidddin)


Puasa tetapi buat maksiat

Bagaimanakah kedudukan seorang yang berpuasa tetapi mendedahkan aurat atau bercakap perkara yang ditegah oleh Allh? Melakukan maksiat akan mengurangkan pahala puasa seseorang dan meroskkan maksud puasa iti sendiri dari segi syarak. Adapun generasu terdahulu yang soleh mengambil berat dalam soal ini. Mereka berpuasa daripada bercakap perkara-perkara  yang sama haram sama seperti mana mereka menitikberatkan dalam soal menahan diri daripada makan dan minum. (Dr. Yusof al-Qaradhawi)

Mengesan Malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadan

Sudah baca?Amalan dalam bulan Ramadan

Bolehkah diketahui bilakah malam al-Qadar (Lailatulqadar)?

Berkata Imam Ghhazzali dan lainnya , Lailatulqadar pada malam yang gasal (ganjil) dalam sepuluh yang terkhir, dan berkata  mereka itu sesungguhnya diketahuikan dia (Lailatulqadar) dengan dengan hari yang awal daripada bulan. Maka jika sehari (hari pertama) bulsn ramadan itu hari Ahad atau hari Arba ' (Rabu) adalah Lailatulqadarnya malam yang dua puluh Ramadan hari Isnin adalah ia malam yang kedua puluh sembilannya. Dan jika sehari bulan ramadan hari isnin adalah ia malam yang kedua puluh asanya (satu). Dan jika sehari bulan hari Selasa atau jumaat adalah ia malam yang kedua puluh tujuhnya. Dan jika sehari bulan harinkhamis adalah ia malam kedua puluh limanya. Dan jika sehari bulan hari Sabtu adalah ia malam yang kedua puluh tiganya.. ( Matha'ul) Badrin Wa Majma' ul Baharin)

Batal puasa kerana dipaksa berbuka

Batalkan puasa seseorang yang dipaksa berbuka?

Tidak batal puasa, sama ada dipaksa oleh seseorang dengan dimasukkan sesuatu ke dalam mulutnya , atau dipaksa untuk menyuap makanan dari tangannya sendiri ke dalam mulut. Ini adalah berdasarkan kepada hadis; " sesungguhnya Allah mengabaikan dari umatku : kekeliruan , kelupaan dan apa saja yang dipaksa kepada mereka." (Riwayat Ibnu Majah)

Kata-kata Sahabat r.anhum

*" Bukannlah puasa itu dengan (menahan) minum dan makan sahaja , akan tetapi juga (menahan) daripada menipu , dan (membuat perkara-perkara yang ) batil dan  yang melalaikan ." (Sayidina Umar al - khattab r.a)

*Apabila kamu berpuasa maka puasalah (kawallah) pendengaran  kamu dan penglihatan kamu dan lidah kamu daripada berbiat dusta dan (perbuat perkara-perkara yang batik) dan berdosa." (Ibnu Abbas r.anhuma.)

Sudah baca? Hikmah puasa ramadan

Ramadhan
Iktibar ramadhan











Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama