Qiamullail Ibadah malam mengangkat kedudukan.

Ramadan bulan ibadah. Segala ibadah pahaalanya berlipat kali ganda. Malamnya pula dihiasi solat Tarawih . Sudah pasti keseronokan beribadah akan bertambah seri sekiranya kita melazimkan Qiamullail. Rasulullah bersabda "solat yang paling utama selepas solat fardu ialah solat tengah malam (qiamullail) (riwayat Muslim) 

Sudah baca? Tujuh macam pahala

Banyak kelebihan bagi mereka yang mendirikan qiamullail :

Antaranya:-

1. Diberi kedudukan yang sangat terpuji

Dan daripada sebahagian malam bertahajjudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji (Al-Isra 17:79)

2. Hebat di sisi Allah

Mereka sentiasa akan mengambil sedikit sahaja masa daripada waktu malam , untuk mereka tidur , dan pada akhir mereka beristigfar kepada Allah , (Az- Zariyat 51:17-18)

3. Qiamullail Solat yang sangat afdhal selain dari solat fardu

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah ditanya , apakah solat lain yang afdhal selain solat fardu ? Baginda menjawab : "bersolat pada pertengahan malam 

(Riwayat Muslim , at - Tirmizi dan al- Haithami)

4.Masuk syurga tanpa hisap

Rasullullah bersabda : Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru ; Siapakah mereka (di dunia dahulu) yang telah meninggalkan tempat tidur mereka (untuk qiamullail)?' Lalu, sebahagian kecil orang yang bangun itu masuk syurga tanpa hisap selepas itu , barulah diperintahkan oleh Allah untuk dilakukan hisab kepada semua manusia. (Riwayat al-Baihaqi)

5.Doa mustajab

"Susungguhnya pada waktu malam terdapat satu waktu yang tiadalah seorang hamba Muslim berada pada waktu itu dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah kecuali dikurniakan kepanya dan demikian itu pada setiap malam." 

(Riwayat Ahmad)

Sudah baca? Tiga golongan doa paling mustajab

6. Niat Qiamullail sahaja sudah dapat pahala

Rasullullah bersabda "Sesiapa yang masuk ke biliknya untuk tidur dan berniat bangkit untuk solat waktu malam, sedangkan dia terus tidur tanpa dapat bangun hingga ke subuh, maka ditulis daripada niatnya dan juga tidurnya sebagai sedekah daripada Tuhannya. " 

( Riwayat ibn Majah dan al- Baihaqi)

7. Qiamullail Wajahnya berseri-seri 

Rasulullah bersabda : " Sesiapa yang banyak solat pada waktu malam , maka Allah cahayakan (perelokkan) wajahnya pada siang hari ." (Riwayat ibn Majah)

TIP MUDAH BANGUN MALAM

* Bertasbih 33 kali , bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali semasa hendak tidur. Rasullullah bersabda kepada Fatimah r.anha dan pembantunya : " Mahukah kamu berdua aku tunjukkan sessuatu kebaikan yang lebih baik daripada seorang pembantu ? Apabila kamu berdua hendak tidur, bertasbih sebanyak 33 kali dan bertahmid 33 kali dan bertakbirlah 34 kali " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Tidurlah sekejap sebelum atau selepas zuhur

*Meminimakan dosa dan kesalahan untuk mengelakkan rasa malas untuk melakukan qiamullail.

*Jangam berjaga sehingga larut malam.


DOA QIAMULLAIL

Antara doa yang ma'tsur daripada Rasullulah


Hidupkan Qiamullail

"Ya Allah ! Tuhan Jibrail , Mikail dan Israfil, pencipta langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang disaksikan. Engkau memutuskan peselisihan yang terjadi kepada para hamba-Mu , tunjukkanlah kepadaku kebenaran dalam sesuatu yang diperselisihkan dengan izin-Mu. Sesunguhnya Engkau memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki menuju jalan yang lurus".

Hidupkan Qiamullail dengan menghidupkan malam dengan cara bersolat dan membaca Al-Quran Semoga segala amalan kita akan diterima oleh-Nya dan mendapat keberkatan Allah SWT  

Sudah baca? Musa dengan Tuhan

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama