Sifat Rasulullah SAW yang ramai tidak tahu tentang latar belakang kehidupan di rumahnya

Percakapan dan tindakan Rasulullah SAW menjadi sumber ilmu kepada para Sabahat. Namun mereka tidak puas hati untuk berasa cukup dengan apa yang diterima daripada apa-apa yang mereka lihat pada diri Rasulullah SAW ketika berada di luar rumahnya. Maka mereka hendak tahu juga apakah yang Baginda SAW lakukan ketika berada di rumah.

Demikian kehausan para sahabat r.anhum yang hidup bersama Rasulullah SAW masih hendak tahu kehidupan yang lebih dalam lagi tentang cara hidup Rasulullah SAW iaitu tentang kehidupan Baginda ketika berada di rumahnya.

Peribadi dan akhlak Rasulullah SAW

1. Dalam soal ingin mengenali peribadi dan akhlak Rasulullah SAW, adakah keinginan tersebut hidup subur dalam jiwa umat Islam hari ini?

Para Sahabat ingin tahu lebih lagi tentang diri Rasulullah SAW yang hari ini tidak dikenali sifat Baginda oleh umatnya. Yang hari ini Rasulullah SAW kurang menjadi ikutan kepada umatnya. 

Yang hari ini ramai daripada umatnya yang tidak mengenal pasti latar belakang Rasulullah SAW sifat Rasullulah SAW, ahli keluarga Rasulullah SAW dan para sahabat Rasulullah SAW.

Para sahabat yang hidup pada zaman Rasulullah SAW, sudah selalu melihat Baginda pun masih hendak mengetahui dengan lebih mendalam, maka kita yang hidup jauh dari zaman Rasulullah SAW sepatutnya kita punya keinginan untuk lebih tahu tentang Rasulullah SAW.

Sudah baca? Menakjubkan Al-Quran Pada Orang Sakit

2. Bagaimana sikap rasulullah terhadap keluarga

Kata Sayidatina A'isyah r.anha, Rasulullah SAW sama seperti orang lain di kalangan keluarganya. Kalau baju Baginda koyak, kalau perlu dijahit akan dijahit sendiri.

Seliparnya kalau perlu diberbetulkan akan diperbetulkan sendiri. Rasulullah SAW juga memungut sampah di rumahnya. Kebiasaan Rasulullah SAW di dalam rumah membantu keluarganya.

Baginda SAW tidak suka menyuruh atau mengerah - arah itu dan ini. Tidak membebankan ahli keluarganya. Apa yang boleh dibuat sendiri akan dilakukan sendirinya sendiri. 

Digambarkan oleh A'isyah bahawa Rasulullah SAW menjahit baju, jahit selipar, membersihkan rumah dan membantu ahli keluarganya. Begitulah Rasulullah SAW di dalam rumahnya.

3. Apakah Rasulullah  SAW bersikap serius di rumah?

Apabila masuk waktu solat dan azan dilaungkan, kata A'isyah seakan-akan Baginda SAW tidak kenal kami tidak Baginda. Ertinya, respons Rasulullah SAW ketika mendengar suara azan adalah sangat cepat.

Baginda sangat mengutamakan panggilan  Allah. Tidak ada yang lebih agung daripada panggilan Allah SWT. Bahkan para Sahabat pun, apabila hendak mendirikan solat sikap mereka seperti hendak menghadap sang penguasa yang sangat berkuasa. Memang Allah Yang Maha Berkuasa.

4. Bagaimana sikap Rasulullah SAW atau para sahabat dalam bersiap sedia mereka untuk menghadap Allah SWT?

Pakaian dan penampilannya kemas dan rapi. Seperti kita jugalah hari ini yang apabila hendak menghadap orang besar, tentu bersiap sedia dengan pakaian yang indah dan mungkin juga mahal. 

Tidak salah kerana kita dituntut berpakaian rapi dan indah kerana Allah itu indah dan sukakan yang indah. Namun jangan pula hendak menghadap makhluk, lebih besar di hati kita berbanding hendak menghadap Allah SWT.

Pakailah pakaian yang bersih dan berwangi-wangian untuk menhadap Allah SWT . Sikap kita hendaklah berbeza dengan orang yang tidak menempatkan Allah SWT tepat pada tempatnya.

5. Sesetengah orang Islam mengaku cinta sebagai sahabat kepada Rasul tetapi sikap dan perangai mereka langsung tidak melambangkan perkara tersebut. Bolehkah begitu?

Cinta Allah dan rasul-nya dan dicintai oleh dan rasul-rasulNya. Siapa pun boleh mengaku cinta kepada Allah SWT dan cinta kepada Rasul. Namun masalahnya ialah apabila orang yang mencintai tidak dicintai oleh orang yang dia cintai itu. 

Tidak cukup kita mendakwa kita cinta, tetapi bertanyalah...adakah kita dicintai oleh orang yang kita cinta itu atau tidak? Adakah cinta kita kepada Allah dibalas cinta juga oleh Allah? Adakah kasih kita kepada Rasulullah SAW dibalas kasih juga oleh Rasulullah SAW.?

Itu perlu dibuktukan sendiri dengan sejauh mana kita mematuhi perintah Allah dan meniru akhlak dan teladan Rasulullah SAW agak kita dibalas dengan cinta juga oleh Allah dan Rasul-Nya.

Selamat membaca , semoga panduan hebatnya cinta sahabat kepada Rasul serta sikap benar rasulullah dapat memberi manfaat dan tauladan buat kita semua.

Sudah baca? Ayat Pelindung Diri Bacaan Rumi

Cinta kepada rasulullah
Hebatnya cinta sahabat kepada rasul

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama