Nabi Muhammad suke bersedekah pada bulan Ramadhan


1. Ramadan digabungkan padanya tiga ibadah yang tidak ada pada bulan lain iaitu puasa, solat malam dan sedekah . Ketika kita bersedekah pada bulan lain selain Ramadan, sedekah sahaja.

Dapat pahala sedekah ketika sedang berpuasa dan pada bulan Ramadan. Tiga ibadah dalam satu amalan. Begitulah sedekah pahala sebanyak bintang di langit


2. Untuk mendapatkan tambahan pahala daripada orang lain. Di negara arab, berbuka puasa dibuat di tepi jalan sahaja. Kalau pergi umrah pada bulan Ramadhan misalnya, tidak payah beli makanan untuk berbuka. Makanan berbuka sudah tersedia , bahkan boleh pilih pula makanan yang kita sukai. 

Berebut untuk sedekah bulan puasa

Tradisi orang arab memang suka menjamu orang berbuka puasa. Mengapa? Sebabnya ialah mereka berebut pahala bersedekah pada bulan puasa. Memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, segala pahala orang yang berpuasa itu, kita pun dapat sama. Seolah - olah kita mendapat komisyen percuma.


Nabi bersabda, " Sesiapa yang memberi makan orang berbuka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang berpuasa itu sepanjang hari dan tidak dikurangkan pahalanya walau sedikit pun bagi orang yang berbuka" 

(Riwayat Imam at- Tirmizi)

Pahala luar biasa bersedekah di bulan Ramadhan

3. Pahala pada bulan Ramadhan sangat luar biasa. Ada ulama yang bersungguh-sungguh membuat kajian dalam bab ini khususnya apabila membincangkan sebuah hadis iaitu :

Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan." Kemudian Rasulullah menjelaskan: 

"Orang yang meniatkan sebuah kebaikan , lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali ganda banyaknya." 

(Riwayat Muslim no.1955). 


Menurut huraian ulama, pada bulan-bulan biasa satu amalan baik akan dibayar sepuluh kali ganda. 

Satu kebaikan ditulis seribu pahala pada

Pada bulan Rejab, dicatat dengan 70 kali ganda. Pada bulan Syaaban pula, dinilai dengan 700 kali ganda . Kata ulama, pada bulan Ramadhan satu kebaikan ditulis 1000 pahala. 1000 itu minimum , barangkali sampai tidak terkira jumlahnya.


Amalan seperti sedekah amat digalakkan untuk medekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan bersedekah dapat menghindarkan diri dari sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat islam. Semoga perkongsian ini memberi panduan buat kita semua dan diberikan manfaat.


Dasyatnya Sedekah Berebut Pahala Memberi Makanan Sebagai Panduan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama