Notifikasi Seller.json masih ada dalam akaun adsense

Buntu macam mana nak buat. Setelah berbulan dan hampir makan ke tahun juga kepada para blogger malaysia terutamanya setelah sekian lama bertungkus-lumus untuk monetize blog korang dengan pelbagai platform seperti blogspot dan wordpress terutamanya yang sudah berhijrah ke Top level domain (TLD) dan beralih arah ke Hosting. Semata-mata untuk mencapai matlamat korang dengan harapan akan di approve oleh Adsense untuk menjadi salah seorang publisher. Hampir 2 juta pengguna telah memilih Adsense, tidak dapat dinafikan Adsense adalah diantara satu rangkaian iklan terbaik di abad ini, diiktiraf sebagai bursa pengiklanan terbesar dunia.

Ok kita kembali ke tajuk utama berkenaan seller json fail korang tahu ape yang dimaksudkan oleh fail seller.json adsense oleh google? Disini saya ada sedikit beberape maklumat berkenaan sellers json ok jom kita scroll kebawah untuk pengetahuan lebih detail apakah tujuan dan fungsi..penting ke untuk akaun adsense ni?

Sudah baca? Cara dapatkan buffered earning dari nuffnang

Cara mengatasi masalah sellers json adsense google

Sellers json is an IAB provided standart

"Sellers json is an IAB provided standard to enable buyers to discover and verify the entities who are either direct sellers of or intermediaries in the selected digital advertising opportunity for purchase. This includes verifying publisher identities, including the name, domain name, and seller ID ".

Disini saya akan kongsikan permasalahan berkaitan isu fail sellers json google adsense 

Permasalahan yang menjadi perbualan hangat dan banyak diperkatakan oleh para blogger. Ada yang masih mencari alternatif jalan penyelesaian. Apa yang dimaksudkan dengan fail sellers json adsense? Dan bagaimana cara mengatasi masalah Korang baca petikan teks dibawah ni :

Ok saya perjelaskan lagi maksudnya dengan terjemahan dalam bahasa melayu

 Google translate > malay

" Sellers json adalah standard yang disediakan oleh IAB untuk membolehkan pembeli menemui dan mengesahkan entiti yang merupakan penjual langsung atau perantara dalam peluang iklan digital terpilih untuk dibeli. Ini termasuk mengesahkan identiti penerbit, termasuk nama, nama domain, dan ID penjual ".


Cara mengatasi masalah sellers json adsense


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Mempengaruhi pendapatan akaun adsense dalam transaksi pembayaran


Notifikasi ini adalah peringatan dari pihak Google Adsense kepada korang yang memiliki akaun Adsense supaya ada membuat transparant untuk bergabung diantara publisher iaitu korang sebagai (individu) yang di pertanggungjawabkan dengan pengiklan untuk menyediakan maklumat terperinci kepada penjual untuk disimpan oleh fail seller.json google. Sekiranya korang skip bahagian ini iklan tidak dapat mengenal pasti akaun anda dan juga akan mempengaruhi pendapatan korang dari hasil sewaktu membuat transaksi pengeluaran. 

Catatan

Untuk pengetahuan korang fail ini hampir sama dengan ads.txt yang telah korang lakukan sebelum ini

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah sellers json


1. Langkah-langkah yang perlu korang kena buat seperti berikut:


Cara mengatasi masalah sellers json adsense


Korang perhatikan betul-betul first korang Masuk ke Akun Google Adsense korang, dan korang akan nampak pada bahagian atas tu dan klik pada tombol 'Aksi' pada pemberitahuan/notifikasi

Login Adsense > Klik Aksi 

Kenyataan Teks pemberitahuan tersebut seperti di bawah ni :

"Kami menggalakkan anda agar menerbitkan maklumat penjual anda dalam sellers json adsense. Lewati halaman tetapan akaun menyemak status keterlihatan semasa anda"

Atau Korang juga boleh pergi ke menu atas sebelah kiri pada akaun adsense korang
 
klik > Akaun > Maklumat Akaun

Rujuk step seperti gambar dibawah:

Google adsense



Catatan : cara mengatasi masalah sellers.json google adsence ni dapat juga diguna pakai pada akaun adsense youtube korang konsep dia hampir sama.


Adsense terbaik



2. Ok langkah seterusnya setelah korang masuk ke Maklumat Akaun korang akan dibawa ke satu halaman paparan baru seperti gambar dibawah:


Fail sellers.json google


Apa yang korang perlu buat korang ubah tetapan asal tu tukar kepada lutsinar (transparant) korang perhatikan pada anak panah yang saya tunjukkan pada ruang gambar diatas

Keterlihatan maklumat penjual > pilih  status keterlihatan > lutsinar

3. Langkah terakhir pada bahagian bawah pada Domain Perniagaan korang hendaklah dimasukkan dengan betul nama blog/website korang tanpa ada (https://, http://, www) dengan diakhiri .com, .net, my.

Contoh: gambar di bawah
Sellers.json google
Selepas korang siap membuat perubahan pada tetatapan korang just terus keluar je dari halaman paparan tu tak petlu menekan apa, secara automatik akan tersimpan korang boleh refrest page untuk semak semula. Notis yang tertera pemberitahuan sellers json google korang diatas tu akan hilang mengambil masa 5-8 hari.

Masalah sellers.json ini dapat diatasi dengan segera oleh korang semua.Ok itu sahaja perkongsian blog tutorial saya untuk kali ini cara mengatasi masalah sellers json google adsense pada akaun adsense korang yang baru di approve. Semoga dengan artikel alternatif yang saya perkongsikan ini mudah-mudahan dapat membantu korang. Selamat mencuba

Tahniah buat korang yang baru sahaja di approve oleh adsense. Pada yang masih belum berjaya korang boleh cuba lagi. Semoga blog tutorial yang sekadar bersederhana ini memberi manfaat pada korang semua dan membantu mengatasi masalah korang, selamat mencuba , selamat berjaya.

1 Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Catat Ulasan

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama