Perkara yang membatalkan puasa tanpa kita sedar

Batal puasa telan kahak

1. Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah puasanya?

Allah SWT menjadikan terbit fajar sadiq sebagai masa bermulanya berpuasa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan makanlah serta minumlah sehingga jelas bagimu fajar sadiq selepas kegelapan malam..." (al-Baqarah 2:187)

Sekiranya azan tersebut menepati masuk waktu subuh maka tisak sah batal puasa jika masih makan ketika azan itu. Sekiranya makanan masih berbaki di dalam mulut ketika  azan, wajib keluarkan sisa tersebut.

Hukum orang berpuasa yang makan kerana terlupa?

2. Apakah hukum orang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

Sah puasanya walaupun seorang itu makan banyak disebabkan terlupa. Nabi bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang makan kerana terlupa sedangkan dia berpuasa hendaklah dia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah sah niat puasa pada malam 29 Syaaban sedangkan di dalam  hati tidak berat sangkaan (ragu) bahawa esoknya masuk Ramadhan?

Di sini ada dua perkara yang perlu dijelaskan. Pertamanya hukum berpuasa selepas 15 Syaaban. Hukumnya haram dalam mazhab Syafi'i kerana hadis yang bermaksud: 

"Apabila sudah melepasi 15 Syaaban janganlah kamu berpuasa."

 (Riwayat Abu Daud dan Timizi)

Sekiranya yang dimaksudkan malam 29 ialah malam yang keesokannya ialah 30 Syaaban, ia boleh termasuk dalam hukum puasa hari syak. Hari syak ialah hari ke-30 iaitu hari yang manusia ragu-ragu, adakah pada hari itu Syaaban atau sudah masuk Ramadhan kerana cuaca yang mendung. Nabi bersabda mafhumnya: "Sesiapa yang berpuasa pada hari syak dia telah menentang Nabi Muhammad 

(Riwayat Bukhari)

4. Ketika solat, saya terbatuk dan terasa ada sedikit kahak di dalam kerongkong. Oleh kerana tidak tahu bagaimana hendak meludah keluar lalu saya menelanya. Adakah batal puasa saya telan kahak?

Dalam mazhab Suafi'i, menelan kahak adalah perkara yang membatal puasa. 

Namun sekiranya sukar untik dikeluarkan dan tertelan tidak mengapa. Imam Nawawi berkata dalam kitab Minhajut Talibin "Sekiranya turun kahak dari otak ke luar halqum hendaklah putuskan yang keluar ludahkan. Kalau dia biarkan disitu sedangkan dia mampu untuk ludahkan kemudian tertelan, batal puasanya."

5. Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka apabila tiba waktunya?

Berbuka puasa setelah tiba waktu berbuka adalah sunat. Ini kerana Nabi bersabda yang bermaksud:

"Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka mempercepatkan berbuka."

 (Riwayat Tirmizi)

Haram sekiranya dia dengan sengaja hendak menyambung puasanya sehingga keesokan harinya. Dalam sebuah hadis yang lain, mafhumnya: "Rasulullah melarang puasa terus-menerus tanpa ada berbuka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

Tidak batal kerana perkara itu tidak disengajakan. Imam Nawawi berkata dalam kitab Minhajut Talibin : Dan hendaklah sesuatu yang masuk yang membatalkan puasa itu dengan niat. Sekiranya masuk lalat, nyamuk, debu jalan atau teoung yanh diayak dalam rongga terbukanya tidak batal."

7. Apakah hukumnya orang yang berpuasa melakukan dosa mengumpat, bercakap bohong dan melihat wanita ajnabi dengan syahwat. Adakah sah puasanya?

Sah puasa orang yang melakukan dosa semasa puasa seperti mengumpat tetapi mengurangkan nilai puasanya. Nabi bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yang jahat , Allah tidak memerlukan puasanya yang meninggalkan makanan dan minuman." (Riwayat Bukhari)

8. Siapakah yang diwajibkan qadha puasa serta membayar fidyah jika dia tidak berpuasa?

Ada dua golongan yang wajib qadha puasa beserta fidyah:

1. Orang yang meninggalkan puasa dan tidak mengantikannya sehingga sampai bulan Ramadhan akan datang sedangkan dia mampu untuk berpuasa.

2. Wanita yang hamil atau menyusukan anaknya. Daripada ibnu Abbas r.anhuma.: "Allah SWT berfirman: 'Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi majan orang miskin (al-Baqarah: 184'). Ayat ini adalah kemudahan kepada orang lelaki tua dan perempuan tua yang tidak mampu untuk berpuasa tetapi makan (fidyah) kepada oarng miskin untuk seiap hari yang ditinggalkan. Wanita yang mengandung dan menyusukan anak bila takut sesuatu yang tidak diigini terhadap anaknya dia boleh berbuak dan wajib memberi makan." (Riwayat Abu Daud ) bagaimana untuk mengqadha puasa panduan disini

9. Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah pada bulan Ramadhan berlipat ganda berbanding bulan-bulan yang lain?

Pahala amalan-amalan dalam bulan Ramadhan berlipat kali ganda berbanding bulan -bulan yang lain berdasarkan hadis, mafhumnya: "Sesiapa yang mendekatkan diri dengan kebaiaikan yang sunat seperti mendapat pahala fardu, sesiapa yang melakukan perkaran yang fardu dia seperti melakukan tujuh puluh kali fardu di bulan yang lain." (Riwayat Ibnu Khuzaimah)

10. Siapakah yang tidak diwajibkan qadha puasa tetapi wajib membayar fidyah jika dia tidak berpuasa?

Mereka ialah orang yang tua dan uzur yang tidak mampu untuk berpuasa. Dia boleh berbuka dan hanya perlu bayar fidyah. Dalam sebiah hadis daripada 'Ata: "Beliau mendengar Ibnu Abbas membaca ayat 184 surah al-Baqarah . Ibnu Abbas berkata: Ayat ini tidak dimansukhkan. Ayat ini untuk orang lelaki dan wanita yang tuantodak mampu untuk puasa maka dia pwrlu membayar fidyah iaitu memberi makan setiap hari satu cupak. " (Riwayat Bukhari)

11. Siapakah yang diwajibkan berpuasa?

Wajib berpuasa kepada orang Islam, berakal, baligh, dan suci daripada penghalang puasa seperti haid dan nifas. Nabi bersabda yang bermaksud:

"Tidak dikira berdosa suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh tiga golongan:

1. Orang yang tidur sampai dia jaga.

2. Budak kecil sampai dia baligh.

3. Orang gila sampai waras."(Riwayat Abu Daud dan lain-lain)

12. Adakah diterima puasa orang yang meninggalkan solat? Adakah sesuatu ibadat itu ada kaitanya dengan ibadat yang lain sehinggakan jika ditinggalkan sebahagian lnya, tidak diterima ibadat yang lain?

Sah puasa orang yang meningglkan solat tetapi tujuan puasa adalah untuk membersihkan hati dan diri. Sekiranya puasa itu Allah terima tentulah akan membuahkan hasil yang baik, antaranya solat.

13. Bagaimana dengan orang yang tidak berdaya berpuasa?

Bagi orang yang tidak berdaya untuk berpuasa harus baginya berbuka dan wajib menganti puasanya. Firman Allah SWT, mafhumnya:

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberqpa hari yang tertentu maka antara sesiapa antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (boleh ia berbuka), kemudian wajib ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuas (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarelabmemberikan (bayaran fidyah ) lebih daripada yang di tentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. "(Al-Baqarah 2: 184)

"Barang siapa yang dikuasai oleh agamanya, maka pasti akan aman hatinya dan akan tepat kehendaknya"

Terima kasih kepada pembaca semua, semoga perkongsian ini memberi manfaat serta panduan kehidupan kita.

Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan dalam artikel ini boleh berikan ulasan pada ruang komen dibawah ini..sekian Terima Kasih.

Sudah baca? Niat puasa bulan ramadhan

Kredit Kepada : Zahafiz Travel & Tours SDN BHD


Batal puasa telan kahak

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama