Apakah syarat wajib solat jumaat

Solat fardu Jumaat adalah solat dua rakaat dan solat secara berjemaah selepas jemaah mendengar khutbah jumaat, dalam waktu zuhur pada hari Jumaat


Dalil solat jumaat

"Wahai orang orang yang beriman! Apabila kamu diseru untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka dengan itu hendaklah kamu bersegera pergi ke masjid untuk memperingati Allah dan segeralah untuk meningalkan segala kerja dan urusan berjual beli".

(Surah Al-Jumuah Ayat - 9)


Hukumnya "Fardhu Ain". Iaitu wajib dikerjakan sebagai panduan oleh setiap orang lelaki yang mencukupi syarat-syarat berikut :


Syarat wajib dan syarat tidak wajib solat jumaat

1. Orang Islam sahaja. Tidak wajib bagi orang-orang kafir


2. Bagi kaum lelaki. Perempuan tidak diwajibkan, tetapi sah jika mereka mengikuti bermakmum dalam mengerjakan solat Jumaat.


Syarat wajib solat jumaat

3. Sudah akil Baligh. Tidak wajib ke atas kanak-kanak.


4. Yang berakal. Tidak wajib ke atas orang gila.


5. Orang yang menetap. Tidak wajib ke atas orang musafir


6. Sihat tubuh badan. Tidak wajib ke atas orang yang sakit atau berhalangan, contohnya takut kepada pengganas di tengah jalan semasa menuju ke masjid atau sebagainya.


7. Merdeka. Tidak wajib ke atas hamba abadi

Syarat sah solat jumaat


1.Berjemaah. Tidak sah jika solat itu seorang diri.


2.Jumlah jemaah yang mendirikan solat Jumaat sekurang-kurangnya empat puluh orang dan yang tinggal menetap di tempat itu.


3.Dikerjakan pada waktu Zuhur.


4.Solat Jumaat itu dikerjakan setelah membaca dua khutbah.


5.Solat Jumaat wajib didirikan pada tempat yang telah ditentukan seperti bangunan masjid dalam kawasan kediaman, sama ada di kampung, kawasan perumahan atau di bandar.


6.Dalam satu kawasan hendaklah diadakan satu Jumaat sahaja.


Orang yang bermukim sementara (tinggal buat sementara waktu) di kawasan tersebut, hukumnya "fardhu ain" atau wajib solat Jumaat tetapi ia tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.


Orang musafir hukumnya sunat sahaja dapat bersama-sama mendirikan solat Jumaat . Ia juga tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap 


Khutbah jumaat

Khutbah Jumaat ialah ucapan/syarahan/ceramah yang wajib diucapkan oleh khatib atau Imam. Wajib didengar oleh para jemaah solat Jumaat tersebut. Khutbah hendaklah mengandungi nasihat-nasihat dan pengajaran di samping memuji Allah.


Solat sunat tahiyyatul masjid

Setiap kali masuk ke dalam masjid , sebelum duduk, disunatkan solat dua rakaat bagi menghormati masjid, iaitu dinamakan solat sunat Tahiyyatul Masjid.

Niat solat tahiyyatul masjid :

أُصَلِّيْ سُنَّةَ تاهياتولمسجد رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bacaan dalam rumi :

"Usolli sunnata tahiyyatal masjidi rak’ataini lillahi taala"
 


Niat Ik'tikaf ketika masuk masjid

Setiap kali masuk ke dalam masjid, disunatkan berniat i'ktikaf (berhenti seketika dalam masjid untuk membaca iktikaf)

نَوَيْتُ اْلإِعْتِكَافَ فِىْ هَذَا الْمَسْجِدِ سُنَّةَ

لِلَّهِ تَعَالَى.

Maksudnya :

Daku berniat iktikaf dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala.

Semoga panduan syarat wajib solat jumaat ini dapat memberikan manfaat serta kebaikan buat korang semua untuk amalan dan memantapkan lagi ibadah dengan lebih baik.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama