Solat jumaat perlu diketahui fardhu ain

Solat fardu Jumaat adalah solat 2 rokaat dan solat secara berjemaah selepas jemaah mendengar khutbah jumaat, dalam waktu zuhur pada hari Jumaat. Hukumnya "Fardhu Ain". Iaitu wajib dikerjakan sebagai panduan oleh setiap orang lelaki yang mencukupi syarat-syarat berikut :

Syarat wajib dalam solat jumaat

1.Islam. Tidak wajib bagi orang-orang kafir

2.Lelaki. Perempuan tidak diwajibkan, tetapi sah jika mereka mengikuti bermakmum dalam mengerjakan solat Jumaat.

Sudah baca? Syaitan menggoda iman

Niat i'ktikaf
Solat jumaat

3.Baligh. Tidak wajib ke atas kanak-kanak.

4.Berakal. Tidak wajib ke atas orang gila.

5.Menetap. Tidak wajib ke atas orang musafir7

6.Sihat. Tidak wajib ke atas orang yang sakit atau berhalangan, contohnya takut kepada pengganas di tengah jalan semasa menuju ke masjid atau 

sebagainya.

7.Merdeka. Tidak wajib ke atas hamba abadi

Syarat sah solat jumaat

1.Berjemaah. Tidak sah jika solat itu seorang diri.

2.Jumlah jemaah yang mendirikan solat Jumaat sekurang-kurangnya empat puluh orang dan yang tinggal menetap di tempat itu.

3.Dikerjakan pada waktu Zuhur.

4.Solat Jumaat itu dikerjakan setelah membaca dua khutbah.

5.Solat Jumaat wajib didirikan pada tempat yang telah ditentukan seperti bangunan masjid dalam kawasan kediaman, sama ada di kampung, kawasan perumahan atau di bandar.

6.Dalam satu kawasan hendaklah diadakan satu Jumaat sahaja.

Orang yang bermukim sementara (tinggal buat sementara waktu) di kawasan tersebut, hukumnya "fardhu ain" atau wajib solat Jumaat tetapi ia tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.

Orang musafir hukumnya sunat sahaja dapat bersama-sama mendirikan solat Jumaat . Ia juga tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap 

KHUTBAH JUMAAT

Khutbah Jumaat ialah ucapan/syarahan/ceramah yang wajib diucapkan oleh khatib atau Imam. Wajib didengar oleh para jemaah solat Jumaat tersebut. Khutbah hendaklah mengandungi nasihat-nasihat dan pengajaran di samping memuji Allah.

SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID

Setiap kali masuk ke dalam masjid , sebelum duduk, disunatkan solat dua rakaat bagi menghormati masjid, iaitu dinamakan solat sunat Tahiyyatul Masjid.

Solat Jumaat
Niat Solat Tahiyyatul Masjid

 Usolli sunnata tahiyyatal masjidi rak’ataini lillahi taala 

NIAT I'KTIKAF BILA MASUK MASJID

Setiap kali masuk ke dalam masjid, disunatkan berniat i'ktikaf (berhenti dalam masjid)


نَوَيْتُ اْلإِعْتِكَافَ فِىْ هَذَا الْمَسْجِدِ سُنَّةَ

لِلَّهِ تَعَالَى.

Daku berniat iktikaf dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala.

Semoga panduan bacaan ini memberikan manfaat serta kebaikan buat korang semua.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama