Bola sepak, sathianathan,selangor fa

Pengendali Selangor, B Sathianathan sah tidak lagi bersama pasukan itu untuk baki Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ini selepas bekas pengendali skuad kebangsaan itu dipecat oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dipercayai susulan kekalahan besar 6-1 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu lalu.

"Ya, saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipecat.

"Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), pagi tadi," katanya.

Sementara itu, FAS memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan membabitkan perkara ini dijangka petang nanti.


SUMBER DARI : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/09/733596/selangor-pecat-sathianathan


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama