Zaman prasejarah di selangor

Selangor Pada Zaman Purbakala
Bandar klang 

Pada tahun 1905, tiga buah loceng gangsa buatan orang zaman purbakala, telah dijumpai tertanam dikelang tatkala orang-orang mengenali tanah di situ. Kemudian, dalam tahun 1944 pula, tatkala orang mengggali tanah di bukit Kuda dekat Kelang, telah dijumpai pula pecahan sebuah gendang gangsa buatan orang zaman purbakala juga.

Sudah baca? Ketahui maksud tandatangan manusia

Sepanjang penyiasatan ahli penyiasatan barang-barang peninggalan zaman purba, gendang dan loceng gangsa yang telah dijumpai di kelang itu, serupa dengan gendang dan loceng gangsa yang telah didapati tertanam di tempat yang bernama Dong Son di tepi Sungai Song Ma di di daerah Than Hoa (atau Cheuchen) di IndoChina, iaitu buatan orang-orang zaman Kebudayaan Gangsa-Besi yang disebut juga Zaman kebudayaan Dong Son oleh ahli sejarah dan ahli penyiasat barang-barang peningalan zaman purba

Sejarah daerah kelang di selangor

Zaman kebudayaan Dong Son itu telah bermula di Dong Son kira-kira 300 tahun sebelum Masihi, dan telah merebak ke seluruh Nusantara hingga awal kurun Masihi, yang ke-3. Dipercayai gendang dan loceng yang diperbuat daripada gangsa (disebut juga tembaga senam atau perunggu) yang didapati di Kelang selangor itu, telah dibawa dari daerah Indo- China oleh orang Melayu-Jati kumpulan atau gelombang yang kedua datang ke Semenanjung Tanah Melayu melalui negeri Thai (Siam) lebih kurang tiga ratus tahun sebelum Masihi, Mereka memang telah tahu mengukir perkakas yang dibuat daripada besi, dan merekalah yang mula-mula membawa perkakas yang dibuat daripada gangsa dan besi ke Semenanjung Tanah Melayu ini, yakni merekalah yang mula membawa kebudayaan Gangsa-Besi ke seluruh Nusantara.

Orang zaman purba

Oleh sebab tiada bukti sejarah yang lebih jelas dapat dipegang untuk menentukan kisah sejarah daerah Kelang pada zaman purbakala, jadi tidaklah dapat disebutkan apakah kisahnya daerah itu pada zaman purbakala atau zaman prasejarah walaupun telah dijumpai gendang dan loceng gangsa yang telah disebutkan itu. Walaupun demikian, oleh sebab ada pula dijumpai tertanam beberapa keping perkakas besi zaman dahulu di daerah Kelang itu juga yang disebut oleh orang Melayu "Tulang Mawas" dan jika dibandingkan pula keadaan tanah di kuala Sungai Kelang itu, bolehlah dikatakan bahawa pada zaman purbakala daerah Kelang (entah apa namanya masa itu) telah didiami oleh manusia, iaitu manusia primitif) dan pekerjaan mereka semata-mata menangkap ikan. Sejak itu hingga kurun Masihi yang ke-14, tiada penerangan mengenai sejarah negeri Selangor atau sesuatu tempat dalam negeri itu.

Zaman purba pahang dan terengganu

(Selain daripada di Kelang, beberapa buah gendang gangsa buatan orang zaman dahulu, sejenis juga dengan gendang gangsa yang dijumpai di Kelang itu, telah juga dijumpai di Batu Pasir Garam di tepi Sungai Tembeling, Pahang; dalam bulan Jun tahun 1964, dua buah gendang gangsa telah dijumpai di Batu Burok, Kuala Terengganu

Sehingga ini sudah enam buah gendang gangsa buatan orang zaman purbakala yang telah dijumpai di semenanjung Tanah Melayu ini. Semua gendang gangsa itu sejenis keadaannya iaitu buatan orang zaman "Kebudayaan Gangsa-Besi" yang disebut juga "Kebudayaan Dong Son"). Semoga bermanfaat dan jadi panduan buat kita semua.

Sudah baca? Bandar-bandar purba dikesan

Petikan - SIRI SEJARAH NUSANTARA

BUYONG ADIL 

 

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama