Setiap orang islam yang sedang musafir, mengembara atau berjalan jauh melebihi dua marhalah (91km @ 56 batu)

Dimana dengan niat dan tujuan yang baik, yang diharuskan oleh syara', dikurniakan oleh Allah SWT kemudahan dan kelonggaran mengenai cara menunaikan solat fardhu 5 waktu, dengan syarat yang telah ditentukan.

*Kelonggaran keringanan itu ialah di haruskan mengerjakan solat dengan cara qasar (dipendekkan) dan dijama' (dihimpunkan).

Cara untuk solat qasar

1. Mengqasarkan (memendekkan) solat fardhu yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

2. Menghimpunkan (menjama'kan) 2 solat fardhu dalam 1 waktu Zuhur dengan Asar dan Magrib dengan Isya'.

3. Menjama' serta mengqasarkan 2 solat fardhu sekaligus, iaitu menghimpunkan 2 solat fardhu serta mengerjakannya dengan qasar, yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja iaitu solat Zuhur dengan Asar dan solat Magrib dengan Isya',

*Solat Subuh hendaklah dikerjakan bersendirian pada waktunya. Maka, solat Subuh itu tidak boleh dihimpunkan (dijama') dengan solat fardhu lainnya.

Baca JugaBacaan Wajib Dalam Solat

Maksud solat qasar

Solat Qasar ertinya mengerjakan solat fardhu dengan meringankan (memendekkannya) Solat fardhu yang boleh diringkaskan (dipendekkan) hanyalah Zuhur, Asar dan Isya' sahaja. Hanya solat 4 rakaat sahaja boleh siringkaskan menjadi 2 rakaat. Solat magrib tetap dikerjakan 2 rakaat dan solat Subuh tetap juga dikerjakan 2 rakaat.

Syarat untuk solat Qasar

1. Waktu mengerjakan solat qasar itu hendaklah dalam perjalanan (musafir).

2. Perjalanan itu adalah untuk tujuan kebaikan.

3. Jarak perjalanan yang dituju hendaklah tidak kurang dari 2 marhalah iaitu 91 km atau 56 batu, samada melalui darat, laut atau udara.

4. Jangan berimam kepada orang yang tidak solat qasar 

5. Berniat mengerjakan solat qasar.

6. Sembahyang yang diqasar adalah solat fardhu yang 4 rakaat sahaja.

Lafaz Qasar dan niat qasar

Lafaz dan niat qasar sahaja.

1. Fardhu Zuhur (Qasar):"

Sahaja Aku Solat fardhu Zuhur dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Taala".

2. Fardhu Asar (Qasar):
"Sahaja Aku Solat fardhu Asar dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Taala".

3. Fardhu Isya' (Qasar):
"Sahaja Aku Solat fardhu isya' dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Taala".

Cara solat jama'

*Jama Taqdim 
Menghimpunkan Solat fardhu Zuhur Dengan Solat Asar Dan dikerjakan Pada waktu Zuhur. Begitu juga Solat fardhu Maghrib dihumpunkan Dengan Solat fardhu isya' Dan dikerjakan Dalam waktu Maghrib.

& *Jama Ta'khir
Menghimpunkan 2 Solat fardhu Yang berinringan waktunya, dikerjakan setelah masauksolat Yang ke dua atau Yang akhir, iaitu Solat fardhu Zuhur dihumpunkan Dengan Solat fardhu asar., Dikerjakan Dalam waktu asar Dan Solat fardhu Maghrib Dengan Solat fardhu isya' dikerjakan Dalam waktu isya'

Syarat jama' taqdim

1. Hendaklah berniat menjama'kan kedua-dua solat itu (Zuhur dengan Asar atau Magrib dengan Isya') dalam waktu solat pertama, tidak harus dita'khirkan. Sebaik-baiknya diniatkan ketika Takbiratul Ihram dalam solat yang mula-mula.

2. Solat Jama' Taqdim hendaklah dikerjakan mengikut tertib, iaitu didahulukan solat yang pertama daripada solat yang ke dua, Dahulukan solat fardhu Zuhur (yang dijama' dengan solat fardhu Asar) dan solat  Magrib (yang dijama' dengan solat fardhu Isya'). Sekiranya solat pertama batal (contohnya, tertinggal rukun dan sebagainya) maka batallah kedua-duanya dan hebdaklah di ulang semula kedua-duanya.

3. Kedua-duanya solat fardhu itu hendklah dikerjakan berturut-turut. Setelah solat pertma dilakukan, hendaklah diteruskan dengan solat yang kedua.

Syarat jama' ta'khir

1. Hendaklah berniat menjama'kan kedua-dua solat dalam waktu solat yang pertama. Apabila bercita-cita hendak menjama'kan solat fardhu Zuhur dengan solat fardhu Asar dengan Jama' Ta'khir, maka sebaik sahaja masuk waktu Zuhur atau masih ada waktu Zuhur berniatlah dalam hati hendaklah menjama'kan kedua solat fardhu Zuhur dan Asar pada waktu Asar Nanti.

* Jika anda tidak berniat demikian sehingga luput waktu Zuhur , maka anda dikira berdosa dan solat fardhu Zuhurnya hendaklah diqada', tidak boleh dijama'kan lagi.

2. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehingga selesai solat yang kedua (Asar atau Isya').

Lafaz dan Niat Solat Jama' sahaja.
1. Jama' Taqdim - Fardhu Zuhur :

"Sahaja Aku Solat fardhu Zuhur empat rakaat, dijama'kan kepada fardhu Asar, jama' taqdim, tunai kerana Allah Taala".

2. Jama' Taqdim - Fardhu Asar :

"Sahaja Aku Solat fardhu Asar empat rakaat, dijama'kan kepada fardhu Zuhur, jama'taqdim, tunai kerana Allah Taala".

3. Jama' Taqdim - Fardhu Magrib
"Sahaja Aku Solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijama'kan kepada fardhu isya', jama'taqdim, tunai kerana Allah Taala".

4. Jama'Taqdim-Fardhu isya':
"Sahaja Aku Solat fardhu isya' empat rakaat, dijama'kan kepada fardhu Maghrib, jama' taqdim, tunai kerana Allah Taala".

5. Jama' Ta'khir-Fardhu Zuhur:
"Sahaja Aku Solat fardhu Zuhur empat rakaat,dijama'kan kepada fardhu Asar, Dengan jama' ta'khir tunai kerana Allah Taala".

6. Jama' Ta'khir-Fardhu Asar:
"Sahaja Aku Solat fardhu Asar empat rakaat, dijama'kan kepada fardhu Zuhur, Dengan jama' ta'khir, tunai kerana Allah Taala".

7. Jama'Ta'khir-Fardhu Maghrib:
"Sahaja Aku Solat fardhu Maghrib tiga rakaat dijama'kan kepada fardhu isya' Dengan jama' ta'khir, tunai kerana Allah Taala".

8. Jama' Ta'khir-Fardhu isya':
"Sahaja Aku Solat empat rakaat, dijama'kan kepada fardhu Maghrib, Dengan jama'ta'khir, tunaikerana Allah Taala".


Lafaz dan Niat Solat Jama' Taqdim serta Qasar -

1. Jama'Taqdim serta Qasar-Fardhu Zuhur
"Sahaja Aku Solat fardhu Zuhur dua rakaat qasar dijama'kan ke Dalam fardhu Asar, Dengan jama'taqdim, tunai kerana Allah Taala".

2. Jama' Taqdim serta Qasar - Fardhu Asar
"Sahaja Aku Solat fardhu Asar dua rakaat qasar dijama'kan bersama fardhu Zuhur, Dengan jama' takdim, tunai kerana Allah Taala.

3.Jama' Taqdim (tiada Qasar) - Fardhu Maghrib
"Sahaja Aku Solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijama'kan ke Dalam fardhu isya' Dengan jama'taqdim, tunai kerana Allah Taala".

4. Jama'Taqdim serta Qasar-Fardhu isya':
"Sahaja Aku Solat fardhu isya' dua rakaat qasar, dijama'kan bersama fardhu Maghrib Dengan jama'taqdim, tunai kerana Allah Taala".

Lafaz dan Niat Solat Jama' Ta'khir serta Qasar

1. Jama' Ta'khir serta Qasar -Fardhu Zuhur :
"Sahaja Aku Solat fardhu Zuhur dua rakaat qasar dijama'kan ke Dalam fardhu Asar, Dengan jama'ta'khir, tunai kerana Allah Taala".

2. Jama' Ta'khir serta Qasar - Fardhu Asar:

"Sahaja Aku Solat fardhu Asar dua rakaat qasar dijama'kan bersama fardhu Zuhur. Dengan jama'ta'khir. Tunai kerana Allah Taala".

3. Jama' Ta'khir (Tiada Qasar) - Fardhu Maghrib:

"Sahaja Aku Solat fardhu Maghrib tiga rakaat. Dijama'kan ke Dalam fardhu isya', Dengan jama' ta'khir tunai kerana Allah Taala".

4. Jama'ta'khir serta Qasar-Fardhu Isya':

"Sahaja Aku Solat fardhu isya' dua rakaat qasar.dijamakan bersama fardhu Maghrib. Dengan jama'ta'khir. Tunai kerana Allah Taala.

Bacaan solat qasar dalam rumi


1. Solat Qasar Jamak Takdim - Zohor dan Asar

Usolli Fardol Zuhri Qosron Rak’ataini Jama’a Ta'kdiimin Lillahi Ta'ala

Maksud
"Sahaja Aku Solat Fardu Zohor, Qasar Dua Rakaat Jama' ta'kdim kerana Allah Ta'ala".

2. Bacaan lafaz niat untuk solat jamak fardu Asar :

Usolli Fardol ‘asri Qosron Rak’ataini Jama’a ta'kdiimin Lillahi Taala  

Maksud dan pengertian :

"Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jama'k ta'kdim kerana Allah Ta'ala".

Semoga perkongsian ini memberi panduan bacaan bua korang dan membantu korang Dalam memberi manfaat yang sangat berguna untuk beramal soleh. Terima kasih

Cara Solat Qasar
Cara Solat Qasar Dan Jama'

   

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama