Cara membuat jarak kosong blog

Ok sebelum tu saya ucapkan terima kasih pada korang sebab singgah di blog yang tak seberape ni..terima kasih juga pada rakan blogger yang lama atau pun baru masih setia jadi follower saya..dahulunya blog ini dikenali arilimpian..kini telah berubah wajah sedikit nama kepada tehokaw.com plak hehe..ok tanpa panjang lebar kita berbalik kepada blog tutorial

Setting jarak kedudukan widget blog

Ok tanpa kita melengah masa atau cerita panjang lebar lagi dalam segment Blog Tutorial ok..korang nak tahu sangat macam mana nak jarakkan kedudukan element korang untuk teks ,gambar,icon dan sebagainya korang mesti kena bermain dengan coding yg dipanggil code script atau code HTML template blog yang terletak dalam setiap edit gatjet tata letak ,juga edit template dan permasalahan dalam postingan content mode html ruangan tema blog korang..

Terdapat 2 berpezaan code yang korang boleh gunakan sangat2 efektif,simple dan mudah untuk korang membuat jarak kosong

Cara membuat jarak kosong di blog

1. Cara buat jarak kosong pertama

Code seperti dibawah :

Code
adalah code HTML yang berkerja secara automatik dalam mode compose setiap kali korang menekan ENTER sedang korang dalam membuat postingan blog. Sebenarnya pengunaan code
sangat meluas, fungsinya untuk menciptakan suatu garis kosong untuk memisahkan diantara 2 perenggan yang berbeza.

Jarak yang akan diberikan ialah mengikut ukuran font korang yang aktif, contoh sekiranya huruf korang berukuran 12px jarak kosong akan memisahkan font korang sekitar 12px.

Code margin bottom blogger

2. Cara buat jarak kosong kedua

Code jarak seperti dibawah :

Cara yang ni pun berguna untuk korang untuk edit pada template blog fungsinya hampir sama dengan code
ads sedikit penambahan margin bottom, yang memberi jarak lebih jauh korang tak perlu meletakkan code
terlalu banyak berulang kali korang hanya perlu ubah saiz 200px berapa jarak kosong yang korang nak buat.

Mengubah saiz px jarak kosong

200px adalah sebagai contoh sahaja. Cara ini dapat menjarakkan antara wiget,isi dan postingan dan sebagainya.

Cara ini saya telah pratikkan ke dalam blog saya sendiri hasil penemuan perkongsian rakan blogger oleh weakwings.blogspot.com.  cara ini sangat2 membantu..saya gunakan untuk menentukan jarak ads unit adsence dan juga iklan nuffnang saya sendiri..teramatlah mudah hanya menambah ( br ) antara ads dan postingan.

Selamat mencuba semoga perkongsian blog tutorial kali ini dapat membantu korang dalam membuat jarak kosong. Thanks pada semua yang support blog saya.

Sudah baca?

Membuat relate post pada blog

Cara membuat shadow di tajuk entry blog

Cara setting asas blog wajib bagi blogger

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama