Kelebihan footer blog website bagi blogger


Cara membuat widget footer blog mungkin ada yang tahu kolom footer dan juga ada yang tidak pernah dengar atau pun mengetahuinya, widget ini lebih kepada paparan menu pada bahagian bawah content korang, widget footer lihatboleh diletak Dengan beberapa kolom mengikut keperluan korang 2-4 kolom. Dengan adanya widget ini blog korang akan nampak lebih menarik Dan blog lebih profesional.

Fungsi footer blog widget 


Footer widget adalah untuk meletakkan link-link korang yang agak penting seperti link ke laman sosial, button follower juga facebook fanpage, dengan penambahan footer dapat memudahkan lagi pengunjung untuk mencapai artikel-artikel yang lain dengan lebih pantas ke tajuk lain halaman pada blog korang, disamping itu juga pelawat akan berada di blog korang lebih lama lagi dengan sajian-sajian entry yang menarik minat mereka untuk terus membaca.

Membuat widget footer blog



Footer biasanya betul-betul berada dan terletak di bawah disetiap blog korang, Dan di bawah postingan di akhir entry korang kegunaannya adalah untuk meletakkan elemen seperti widget histat atau pun widget alexa ianya juga boleh di gunakan untuk meletakkan beberapa widget yang lain mengikut citarasa korang dan keperluan korang disetiap bawah content.

Jom korang tengok cara dan langkah-langkah untuk membuat korang lihat betul-betul dan fokus supaya tidak terlepas pandang, bermain dengan coding ni perlu berhati-hati silap sikit je akan mengundang masalah kepada template korang dan memberi kesan buruk terhadap keseluruhan blog.


Cara membuat footer di blog


First perlu korang buat ,korang pergi ke blogger blog korang
  • 1. Login ke blog > blogger.com
  • 2. Pilih Template
  • 3. Klik Edit HTML
  • 4. Kemudian copy kod di bawah ini , dan letakkan di atas ]]></b:skin>
Contoh :

-Letakkan kod disini-
 ]]></b:skin>

#footer-coloumn-baru {clear:both;} 
.footer-column {padding:10px};

Seterusnya Korang Cari kod seperti di bawah ini untuk memudahkan pencarian kod (gunakan teknik Ctrl+F atau F3 untuk memudahkan mencari kod) 

            <!-- end outer-wrapper -->

Sekiranya kalau korang tidak jumpa kod seperti di atas korang boleh cuba cari perkataan 'outer'  atau 'footer'. Widget Footer ini hampir sama dengan kod wrapper"

Kemudian setelah korang jumpe kod tersebut letakkan script kod di bawah ini tepat di bawah code : 
Contoh :

<!-- end outer-wrapper -->

-Letakkan script kod disini-
 (menambahkan 3 column baru

--------------<start>-----------------

<div id='footer-column-baru'>
<div id='footer1' style='width: 33%; float:left; margin:0; text-align:left;'>
<b:section class='footer-column' id='col1' preferred='yes' style='float:left;'/></div>
<div id='footer2' style='width: 33%; float: left; margin:0; text-align: left;'>
<b:section class='footer-column' id='col2' preferred='yes' style='float:left;'/></div>
<div id='footer3' style='width: 33%; float: right; margin:0; text-align: left;'>
<b:section class='footer-column' id='col3' preferred='yes' style='float:right;'/></div>
<div style='clear:both;'/>
</div>

---------------<end>--------------


Sebelum Tu korang dikehendaki preview dahulu hasil kerja sebelum klik untuk simpan template. Untuk mengelakkan terjadinya error atau permasalahan ralat Dalam pengubahsuaian script html template blog korang.

Membuat widget footer ni ada sesetengah script html Yang korang berbeza Cari kemungkinan tidak jumpa sebab setiap template mempunyai perbezaan script Dari bawaaan blogspot mahupun wordpres korang kena cuba buat dan perhatikan dengan betul..walaupun berbeza coding script tetapi fungsinya tetap sama..korang boleh cuba dengan berbagai jenis versi dengan blog tutorial diluar sana.
Semoga perkongsian ini dapat membantu korang Dalam menyelesaikan masalah Dalam berblogging. Terima kasih semua..Selamat many Jaya Buat korang semua. Sekiranya ada soalan perlu dikongsikan boleh tinggalkan pesanan Di ruang Komen dibawah.

Terbaru Lebih lama