Kelenihan janggut seorang lelaki

Fesyen janggut lelaki


Berjangut bukan kerana style, fesyen atau bukan sekadar perhiasan Janggut atau dikenali sebagai jambang adalah salah satu yang kenali sebagai hiasan termasuk juga misai bagi seorang lelaki dimana ianya yang perlu ada pada setiap lelaki maskulin, mengikut trend serta budaya menyimpan janggut adalah fesyen Ia merupakan karakter bagi penampilan lelaki.

Sunnah menyimpan janggut


Tidak semua lelaki minat untuk menyimpan janggut, menyimpan janggut dalam islam lebih kepada mengikut sunnah Nabi, Kalau disebabkan kerana semata-mata untuk ikut sunnah Nabi SAW, itu sangatlah digalakkan dan Alhamdulillah. Semoga  mendapat pahala disitu, kerana mengikut yang kita sanjungi.


Selain menyerlahkan lagi penampilan wajah, apakah lagi kebaikan yang boleh anda dapat? Ikuti senarai di bawah:

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. 


Kelebihan janggut lelaki :


  • Menampakkan sebenar bagi seorang lelaki dan kelelakiannya
  • Lebih hensem, berkarisma, segak dan kemas
  • Penampilan tampil lebih soleh
  • Dapat membezakan seorang lelaki yang sejati dengan lelaki yang tidak sejati
  • Lebih diminati dan menarik perhatian wanita
  • Mempunyai kelebihan dan manfaat pada kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin yang terdahulu


Namun ia bukanlah sesuatu yang penting dan perlu diambil berat malahan seorang lelaki yang mempunyai janggut. 


Utamakan niat anda untuk mempunyai janggut semata-mata untuk mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. bukan berjanggut kerana mengikut fesyen atau trend terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadis Baginda Rasulullah SAW berkaitan janggut adalah seperti :

"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu" (Hadis Riwayat Bukhari)

"Janganlah kamu menyerupai orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka" (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita daripada menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. 


Niatkan memelihara janggut kerana janggut sunnah Rasulullah SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate