Fadhilat puasa enam

Apakah puasa enam? Antara fadhilat puasa enam pada hari pertama sehingga hari keenam adalah :

Amalan puasa enam bagaimana caranya



[a] Pada hari pertama - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam.

[b] ada hari ke dua - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf ; keluar dosa dari tubuhnya bagaikan dilahirkan dari perut ibu.

[c] Pada hari ke tiga - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakob ; sekiranya berpuasa tanpa diketahui oleh orang lain, Allah tidak rela untuknya pahala kurang dari syurga.

[d] Pada hari ke empat - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa

[e] Pada hari ke lima - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa ; menyamai berpuasa sepanjang tahun.

[f] Pada hari ke enam - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Rasulullah ; jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan istighfar untuknya oleh para malaikat.

Sudah baca? Rukun dalam puasa

Nota : Hukum puasa enam pada bulan syawal adalah sunat. Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu, carilah keredaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

Hukum puasa ramadan adalah wajib bagi umat islam, orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, telah melakukan satu dosa besar dan juga telah mengalami satu kerugian yang besar.

Sabda Nabi Muhammad SAW 'sesiapa yang berbuka satu hari di bulan ramadan tanpa ada keuzuran dan juga kerana tiada sakit dia tidak akan dapat mengantikan puasa dia yang di tinggalkanya itu, sekali pun dia berpuasa selama seumur hidup"

Semoga perkongsian mengenai fadhilat puasa enam ini dapat memberi panduan dan rujukan lebih tepat dan betul serta mendapat manfaat buat kita semua.

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama