Akad nikah di masjid
Akad nikah di masjid

Nasihat Dan Panduan: Pilihan dan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga amat penting untuk menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita sepatutnya bersyukur kerana sudah menjadi trend masa kini zaman serba serbi kemudahan cukup untuk digunakan.

Upacara perkahwinan yang dilakukan di dalam masjid adalah bertujuan untuk memperoleh keberkatan. Memang salah satu tempat yang paling sesuai untuk diadakan upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat yang tidak baik serta anasir jahat yang medekatinya. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.

Tetapi ingat dalam keghairahan dalam menggunakan kemudahan rumah Allah ini, ada segelintir mereka yang lupa beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa terdapat adab dan sopan yang perlu dipatuhi oleh mereka orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:

  • Berpakaian mesti menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita. Juga kepada untuk kaum lelaki juga.
  • Niatkan hati iktikaf di dalam masjid
  • Saling hormat menghormati jemaah lain yang sedang melakukan solat serta beribadah di dalam masjid.
  • Memulakan dengan melakukan solat Tahiyatul Masjid diikuti solat sunat yang berkhaitan.
  • Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara kaum lelaki dengan perempuan pastikan asingkan bagi pihak pengantin perempuan dan pengantin lelaki sekiranya ramai yang menghadiri .
  • Sekiranya pengantin perempuan didantangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali bolehlah menjemput jurunikah datang datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
  • Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihatkan agar tidak masuk ke dalam dewan solat masjid.
  • Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.Jika boleh,hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid,tetapi upacara menyarungkan cicin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.
  • Jangan bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid.
"Dan diantara tanda-tandanya kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agak kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia menjadikan di antaramu perasaan kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir,"

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat serta panduan buat korang semua dan kepada yang akan melangsung hari pernikahan selamat pengantin baru diucapkan.


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama