Korang tahu tak artikel atau posting korang telah masuk ke google sandbox, kalau nak tahu jom. Sebelum tu Selamat datang kepada semua rakan blogger,terutama kepada blogger yang masih baru dalam dunia blogging ini. Blog Tutorial kali ini merangkan serba sedikit tentang Google Sandbox, rasanya kepada blogger-blogger diluar sana biasa kita terdengar dan apakah itu google sandbox.

Larangan blogger artikel disenarai hitam google


Kita sebagai blogger kadangkala leka dengan mengupdate entry/artikel yang baru dan terlalu optimis mempelajari bagaimana untuk meningkatkan trafik blog kita,dalam masa yang sama kita tidak menyedari blog kita termasuk ke dalam google sandbox ianya berkaitan dengan melanggar Tos Google, sandbox adalah penalty yang diberikan oleh google dimana ada artikel kita yang tidak terindeks oleh google.

Kesan buruk sandbox kepada blogger


Situasi keadaan ini berlaku kerana berpunca ada sesetengah blogger hanya mengambil jalan mudah serta jalan yang singkat untuk memudahkan kerja dengan mengambil artikel-artikel hasil dari copy paste dari blog orang lain dan bukan itu sahaja, tapi ada juga hal disebaliknya punca lain juga salah satu faktor penyebab seperti terlalu banyak mengunakan teknik backlink yang berlebihan tanpa kawalan yang ditetapkan

Pengunaan teknik submit Ping yang berlebihan dalam satu hari semata-mata untuk mempercepatkan artikel ke laman index google dan juga terlalu banyak mengulang kata dalam sesetengah posting yang baru siap dibuat, google tidak menyukai kata atau perkataan yang berulang tanpa variasi perkataan yang google mahukan

Menyembunyikan link kedalam artikel melebihi 100 link dalam satu-satu masa yang akan memberikan kesan yang buruk terhadap blog korang salah satunya akan mengakibatkan blog korang akan  dikenakan penalty oleh google.

Keburukan seorang blogger dengan 4 amalan atau masuk sandbox


Korang kena berhati-hati kalau boleh Elakkan dari perbuatan:

1. Copy paste hasil dari blog orang lain
2. Ping yang berlebihan pada artikel-artikel korang
3. Terlalu banyak mengunakan keyword dan perkataan yang sama dalam posting yang baru.
4. Menyembunyikan link dalam artikel melebihi 100 link dalam artikel

Untuk kita mengetahui blog kita terkena penalty atau termasuk dari golongan yang terkena sandbox disini saya akan kongsikan tutorial cara mengunakan sandbox checker dimana layanan web dapat kite check hanya memasukkan url blog atau website korang 

Klik Sini? Web sedang dikemaskini

Mengetahui artikel masuk google sandbox

Pada ruangan kolom sandbox checker korang isi url blog korang

Ada ruangan kedua korang masukkan perkataan keyword yang berkaitan dengan blog korang sebagai contoh "Blog Tutorial" 

kemudian korang isi chaptcha seterusnya klik submit tunggu hingga proses penyemakan sandbox checker hingga selesai. So korang tengok ape yang berlaku sekiranya ada artikel korang tersenarai dalam sandbox..selamat mencuba, semoga blog tutorial ni dapat memperbaiki artikel terkena sandbox.


Saya harap dengan blog tutorial mengenai penerangan jelas berkaitan artikel korang yang masuk ke google sandbox dapat membantu korang, dengan ini dapatlah korang untuk memperbaiki lagi hasil penulisan yang lebih baik dan berkualiti di samping berhati-hati juga dalam mengunakan ping artikel secara berlebihan, itu sahaja. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama