Garis bawah posting blog yang menarik untuk blogspot dan wordpress



Korang perlukan ciri-ciri halaman blog yang nampak kemas dan menarik, terutamanya di bahagian tajuk-tajuk utama dan tajuk kecil seperti meletakkan garis di tajuk sidebar title, perletakkan garis dan warna yang lebih terang dapat menyerlahkan lagi sesuatu daya tarikan bagi pengunjung dan memberikan pemilik blog tampak lebih menitik beratkan keterampilan sekaligus google sangat menyukai halaman blog yang kemas dan teratur


Ok untuk blog tutorial seterusnya..saya akan kongsikan pada korang cara membuat garis bawah bawah post title Tajuk korang..caranya teramatlah mudah hanya memasukkkam coding kode yang saya sediakan dibawah, dan saya akan terangkan step by step seperti dibawah nanti..ok tanpa melengah masa lagi.

Cara buat garis bawah tajuk title


Seperti biasa first sekali korang perlu masuk ke dashboard ruang blogger sign in ke blogger korang log masuk blog seperti macam biasa  : blogger.com


Seterusnya lihat langkah dibawah :

1. Pergi ke ruang Dashboard ---> tekan pada Template ---> kemudian ke Edit HTML ---> dan pergi ke Tick Expand Widget Templates.

Teknik perletakan kod html ni korang kena benar-benar mahir dalam kerja-kerja edit coding, sebelum membuat perubahan coding korang dikehendaki backup terlebih dahulu blog korang, sebagai langkah persiapan sekiranya berlaku kesilapan yang akan menjejaskan keseluruhan blog coding html.


2. Untuk mencari kod tersebut secara menual mungkin akan memakan masa untuk menyemak satu persatu, cara mudah untuk kerja-kerja perubahan edit html pada blog korang hanya tekan (CTRL+F ) dan akan terpapar kotak find search korang hanya masukkan kod tersebut dan tekan enter . Ok korang dikehendaki  cari kod seperti di bawah ni :

h3.post-title {

3. Kebiasaan cod terletak di bahagian post coding content, ok jika korang dah jumpa cod tersebut. Sekarang korang copy kod di bawah ni :

border-bottom:2px solid #57D2FB;

4. Selepas tu, korang copy kod pada step nombor 3 diatas tadi dan paste di bawah kod yang dicari tadi

Contoh kedudukan kod seperti dibawah :

       h3.post-title {
       border-bottom:2px solid #57D2FB;


Letak Garis Bawah Post Title


Ok dah selesai sebelum korang save atau simpan korang cuba pra tonton dulu tengok hasil jadi atau tidak sebab ada sesetengah blog masalah Error ketika untuk simpan perubahan maknanya blog template korang ade kesalahan dalam perletakan cod korang semak semula perubahan yang korang buat tu.

Tukar warna garis title


border-bottom:2px solid #57D2FB;

1. Untuk 2px adalah ketebalan garis korang boleh tukar angka tersebut mengikut citarasa dan kesesuaian tebal garis.

2. #57D2FB adalah kod bagi warna garis korang boleh tukar warna kegemaran korang, dengan menukar kod tersebut.


Ade sesetengah masalah juga kes edit template tidak support itu bergantung pada jenis template yang korang gunakan fungsi tetap sama cuma perbezaan nama pada cod..korang kena cuba berexsperiment pasti akan berhasil.


Semoga tutorial ini dapat menyelesaikan masalah korang dan memberi manfaat selamat mencuba dan selamat berblogging jika perkongsian ini menarik dan terbaik ..jangan lupa follow , like , share ok..bye


Sudah baca? 


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama