tips ngail ikan kelah

Mengenali spesis ikan kelah Ikan Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan agresif untuk korang cuba mengailnya



Ikan kelah juga amat sensitif dengan persekitaran, oleh itu ia mudah lari atau pantas bergerak sekiranya ternampak bayangan. 


"Tips memancing ikan kelah ada petua yang perlu korang tahu jika tidak mahu balik dengan tangan kosong"


Oleh yang demikian seseorang pemancing kelah perlu menyesuaikan diri dengan teknik penyamaran sekiranya ingin mengail ikan kelah. Warna hijau atau ala tentera adalah yang terbaik dan jangan buat bising semasa mengail ikan kelah.

Umpan ikan kelah


Ikan kelah biasanya memakan makanan semulajadi seperti buah-buahan hutan seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu. Ikan kelah juga meminati ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah.

Umpan kelapa sawit



Kelapa sawit atau biji getah yang dibakar menjadi kegemaran ikan kelah kerana mempunyai aroma yang kuat didalam air.

tips ngail ikan kelah

Alatan memancing ikan kelah


Seeloknya gunakan joran yang sederhana berat, antara 7-9 kaki panjang manakala kelili dengan 200 meter tali 15-25 paun sudah memadai. 

Jenis tali pancing



Perlu diingatkan, tali mestilah yang tahan lasak kerana ikan kelah amat agresif dan boleh memutuskan tali jika tali tidak cukup kuat. Antara yang disarankan ialah Maxima chameleon, daiwa crytal clear dan samurai greenAnda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6

Mata kail perambut


Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang paniang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai. lkatan trilene Ouga (dikenali ikatan mahseer) adalah cara ikatan yang terbaik. 


Basahkan ikatan dengan air liur sebelum mengetatkannya secara perlahan-lahan. Anda perlu memastikan struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali.

Batu ladung cili

 
Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik. Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah. 


Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 - 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik Cili digunakan antara perambut dan tali utama. 

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama