Cara keliling dunia murah untuk percutian dan melancong


Korang mesti dah lama untuk merancang bercuti ke luar negara tapi sering niat itu tidak kesampaian. Tetapi hampa dan mana tidaknya, keinginan yang telah sekian lama diimpikan hancur begitu saja apabila memikirkan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi.
Cara murah keliling dunia

Tips cara murah percutian 

Harga Tiket kapal terbang yang tidak masuk akal bagi yang kali pertama mengetahuinya, kos penginapan di hotel, transport atau pengangkutan semasa untuk ke destinasi-destinasi dan banyak lagi keperluan yang menjadi isu paling utama dalam pelan percutian lagi-lagi percutian ke oversea yang mengakibatkan segala rancangan itu sekadar hanya sebagai mimpi.

Walaubagaimanapun, korang jangan khuatir tentang isu sedemikian dan siapa kata melancong ke luar negara seperti london, paris, vanice, japan, korea memerlukan kos yang mahal? Jika korang bijak dan diikuti dengan tindakan yang cepat dan pantas, impian untuk korang bercuti ke destinasi impian korang menjadi kenyataan.

Korang boleh jika ingin menjimatkan kos percutian korang jika tahu pelbagai aspek keperluan termasuklah dari segi bilik hotel, pengangkutan, makanan, hiburan dan sebagainya.

Jika korang merancang lebih bersistematik pasti percutian korang juga akan merasa nikmatnya melancong, korang akan rasa tenang, seronok tanpa berdepan dengan pelbagai tekanan serta masalah kecil yang membuatkan percutian korang rasa terganggu dan hambar.

Tips disini untuk melancong apa yang perlu korang pelajari terlebih dahulu sedikit sebanyak Ianya dapat membantu korang untuk perolehi percutian yang korang mahukan first sekali korang perlu tahu panduan seperti berikut :

Elakkan bercuti pada musim cuti 


Amat digalakkan bercuti pada bukan musim cuti seperti hari-hari perayaan terutamanya hari krismas, raya puasa,cuti sambutan tahun baru atau cuti-cuti minggu yang mengakibatkan seseatu tempat di destinasi yang dituju itu jadi sesak dengan ramai pengunjung.

Jika korang memilih untuk melancong atau bercuti pada ketika musim cuti, korang akan merasakan harga akan sedikit lebih mahal termasuk tiket-tiket penerbangan, hotel-hotel, tempat-tempat makan yang naik secara mendadak. 

Untuk mendapatkan maklumat serta harga pembelian tiket dapatkan maklumat tiket penerbangan menerusi laman-laman online Internet, sekurang-kurangnya korang prepare dua hingga lima bulan lebih awal untuk menyelamatkan kos percutian korang. 

Sudah baca? Siba garden chalet ala inggeris ada kolam renang tanah merah

Rancang pengangkutan transport


Buat keputusan rancang pengangkutan yang akan korang gunakan untuk mencapai tempat tujuan. Jika menggunakan pesawat sebagai alternatif, boleh dapatkan maklumat di Internet berkaitan agensi-agensi pelancongan serta pakej yang ada untuk mendapatkan tiket penerbangan yang lebih berpatutan serta berbaloi dengan harga murah. 

Di ingatkan korang untuk memilih syarikat penerbangan yang memberikan pakej harga termurah, dengan service diyakini berkualiti dari segi layanan yang terbaik dan cukup bagus dari segi kelengkapan, keselesaan dan kemudahan dalam pengangkutan yang diperakui pengguna sebelumnya . Dapatkan khidmat maklumat pengangkutan udara sebulan lebih awal.



Cari maklumat di Internet 


Untuk membuat tempahan secara online menerusi Internet kebiasanya akan dapat harga yang lebih murah daripada agensi pelancongan. Namun tempahan terus direct ke agensi juga korang boleh dapatkan yang murah berbeza kalau dibandingkan jika kita pergi secara langsung tanpa memesan tiket penerbangan atau hotel-hotel kerana agak mahal pula pakej yang di sediakan.

Rajin-rajinlah korang mencarinya di internet jika korang lebih tiliti tentang harga korang boleh selamatkan duit korang kerana jika korang bernasib baik berlipat kali gandalah harga murah yang korang boleh perolehinya nanti



Rajin cari tiket murah 


Nak mendapatkan tiket murah, cuba mamfaatkan syarikat serta agensi pelancongan yang boleh memberikan layanan services terbaik. Korang cari harga yang paling murah pada tarikh dan waktu penerbangan yang korang mahukan kemudian daftarkan nama korang tanpa membelinya dahulu. Contoh senarai penerbangan kos rendah di dunia seperti AirAsia, Norwegian, Easyjet, Air Asia X, WestJet, IndiGo, Southwest Airlines, Scoot dan Eurowings  banyak menyediakan pakej tambang murah.
Cara murah keliling dunia

World's Best Low-Cost Airlines

Buat korang semua sebelum bercuti, korang masih boleh membuat banyak pipihan dan persetujuan atau keputusan yang lebih tepat cuba periksa harga-harga yang ditawarkan. 

Dan bila jika yang lebih murah, korang jangan musykil atau ragu-ragu untuk terus menelefon dan cuba untuk bercakap dengan petugas dari agensi pelancongan yang akan menguruskan tiket korang dan minta kepada petugas kauter tesebut untuk mendaftarkan nama korang. 

Buat pesanan awal booking


Korang buat pesanan tiket penerbangan dan hotel sebelum berangkat untuk bercuti itu sangat penting buat korang meskipun korang hanya bercuti di daerah-daerah yang kecil. 

Dan korang pastinya tidak mahu kedamaian percutian korang rosak bahkan batal hanya kerana apabila sampai di destinasi, semua hotel yang bagus penuh atau bilik yang tersedia sangat mahal, bukan? 

Justeru, membuat tempahan awal adalah sangat digalakkan untuk korang yang sedang merancang percutian yang hebat. 


Rajin melayari Internet informasi


Hotel-hotel lebih terkenal kebiasaannya akan memberikan harga serta pakej yang jauh lebih murah berbanding menempah bilik terus secara walkin di premis hotel. 

Kini terdapat terlalu banyak laman2 web yang menyediakan pelbagai pakej serta promosi hotel-hotel dan bilik yang boleh korang layari untuk mendapatkan harga bilik yang cukup murah selain melawati laman web hotel itu sendiri. 

Justeru itu, korang jangan lepaskan peluang yang ada. Tidak rugi menghabiskan masa untuk melayari Internet mencari bilik penginapan jika boleh memperoleh bilik hotel dengan harga yang sangat murah. 


Periksa kemudahan dan keperluan


Bagi korang sebagai peringatan jangan terlalu leka atau alpa pula terlalu happy bila dapat harga bilik atau hotel yang murah dan terus bersetuju tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu sebelum melihat segala kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel itu sendiri, sedia ambil maklum dan berhati-hati sebelum membuat keputusan.

Ada baiknya korang mengetahui segala kemudahan yang tersedia yang ditawarkan oleh pihak hotel tempat yang korang akan menginap disitu yang telah dipilih melalui Internet supaya korang tidak menyesal. Jangan indah khabar dari rupa.

Sudah baca? Handz guest house percutian pulau pinang

Manfaatkan teman atau rakan


Jika korang ada memiliki rakan atau saudara yang berada di luar negara terutamanya yang tinggal di kota-kota destinasi yang korang tujui terutama bila tujuan korang untuk bercuti di luar negara, so disitu korang boleh manfaatkan dan membuat persetujuan untuk dijafikan sebagai tempat untuk korang menginap

Bukan itu saja,korang juga boleh menjimatkan kos perbelanjaan untuk makan semasa menginap bersama teman-teman atau sahabat serta saudara dan masak bersama di rumah

Selain daripada itu korang boleh menginap di rumah tetamu milik kedutaan di destinasi yang dituju.
 

Sumber : Artikel dipetik dari penulis my Metro Suliati Asri pada 28 Oktober 2013

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama