Senjata zaman Hang Tuah keris taming sari adalah nama seorang pendekar
Ramai diantara masyarakat tidak mengetahui nama Taming Sari adalah nama dari seorang pendekar yang berasal dari Jawa iaitu kerajaan Majapahit seperti yang kita ketahui diceritakan dalam kisah tentang Hikayat sejarah Hang Tuah. Gambaran yang kita ketahui dalam hikayat tersebut, nama seorang Taming Sari yang diperkatakan seorang panglima yang paling handal berada di kerajaan Majapahit pada masa itu , dimana beliau telah ditugaskan oleh kerajaan Bendahara dari Majapahit, iaitu Patih Gajah Mada yang telah diarahkan untuk membunuh Hang Tuah.
Sudah baca? Selangor pada zaman purbakala
Taming Sari telah diperkatakan beliau adalah seorang yang handal serta kebal tidak ada sesiapapun yang boleh dapat untuk mencederakan dengan mengunakan senjata . Bagaimana taming sari boleh kebal ianya terletak pada sebilah keris yang digunakannya dan keris taming sari yang dimilikinya oleh beliau.
Pada masa itu dimana Hang Tuah telah berguru kepada salah seorang ahli dalam ilmu pertapaan yang berasal dari jawa yang dikenali Sang Adi Putera. Dimana ahli pertapaan seorang Gurunya itu telah diberitahu berkenaan kelemahan yang terdapat pada Taming Sari. Daripada itu, dimana pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan Hang Tuah itu sendiri telah menggunakan keris Taming Sari untuk menikamnya hingga mati.
Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai “Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.
Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi jawatan Laksamana Melaka, yang terakhir sekali dijawat dan dipegang oleh (Bendahara) Hang Tuah. Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.
Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.
Daripada itu Sultan Mahmud Shah telah meninggalkan kota Melaka, dan baginda telah membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama.
Sudah baca? Bandar-bandar purba dikesan
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM