FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah, ayat 183

Rasulullah SAW telah bersabda diriwayatkan oleh Ahmad An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: 

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"



Ibadah puasa panduan bacaan ramadhan



Pengertian dalam ibadah puasa :

Puasa yang dimaksudkan dengan ertinya adalah menahan diri dari makan dan minum dan serta dari segala perbuatan, perilaku yang mendorong kearah yang boleh mengakibatkan batalnya puasa seseorang itu dari bermulanya terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari.

Puasa wajib :

Puasa bulan Ramadhan, puasa kifarat dan puasa nazar.

Puasa sunat :
  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

Puasa yang membawa kepada Makruh :

Melakukan ibadah Puasa yang terus menerus sepanjang masa dan tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

Hari yang diharamkan puasa :
  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
Sudah baca? Batal puasa telan kahak

Syarat wajib bagi puasa :
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur diperintahkan sejak seusia 7 tahun)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
  • Beragama Islam

Syarat sah untuk berpuasa :
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Perkara yang membatalkan puasa :
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh
  • Muntah dengan sengaja
  • Mengeluarkan air mani
  • Haid dan nifas
  • Gila 
  • Murtad
  • Memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka
Hikmah puasa :
  • Mencapai darjat taqwa
  • Mendapat keampunan Allah
  • Mengawal hawa nafsu
  • Melatih sifat sabar
  • Menyihatkan tubuh badan
  • Memupuk rasa belas dan berkasih sayang 
Kelebihan bersahur
  • Membezakan puasa orang islam dan ah al-kitab
  • Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW
  • Memperolehi kekuatan
  • Memberi kekuatan dan tenaga
Semoga perkongsian panduan ini dapat membantu dan menambah ilmu buat semua pembaca, Semoga ianya bermanfaat.


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama