![]() |
Dari Anas r.a berkata bahawa ada tujuh
macam pahala yang dapat diterima oleh seseoarang itu selapas matinya :
Pahala berterusan selepas mati
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka
ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk
beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai
selagi ada yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan
mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada
orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman
selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang
berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang
soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan
beristigfar baginya.
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu
AL-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak
itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahal anak itu
sendiri
3 pahala selepas mati
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah
S.A.W telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu. maka
terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (pahala Sedekah
Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik
banginya.
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM