"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Kisah nafsu yang degil pada perintah allah
sesungguhnya Allah telah berfirman jenis nafsu dalam Islam yang ditegah dan dilarang serta diperintahkan untuk tidak melakukannya seperti bakhil, kedekut, dengki sesama saudara Islam, bersikap sombong, pemarah Dan lebihkan cinta kepada dunia Dari akhirat.
Dalam sebuah kitab kerangan ‘Ustman
bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup
dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T
telah menciptakan akal.
Allah S.W.T telah berfirman yang bermsksud :
“Wahai akal mengadaplah engkau.”Maka akal pun mengadap
kehadapan Allah S.W.T., kemudain Allah S.W.T berfirman yang bermaksud
“Wahai akal
Nafsu ciptaan Tuhan
berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi
yang bermaksud :
“Wahai akal! Siapakah aku?”.
Lalu akal pun
berkata :
“Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah
hamba-Mu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud :
“Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau”.
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan
nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
“Wahai
nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan
diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
“Siapakah
engkau dan siapakah aku?”.
Lalu nafsu berkata :
"Aku adalah aku, dan
Engkau adalah Engkau."
Nafsu yang degil
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya
dengan neraka jahm selama 100 tahun, dan kemudian
mengeluarkannya.
Kemudian Allah S..W.T berfirman yang bermaksud :
“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.
Lalu nafsu berkata,
“Aku
adalah aku dan engkau adalah Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu
dalam neraka Juu’ selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan maka Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Siapakah engkau dan siapakah
aku?”.
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,“Aku adalah
hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku”
Jangan biarkan nafsu mengawal kita
Dalam kitab tersebut juga diterangkan
bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita
mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat degil dan jahat oleh itu hendaklah
kita mengawal nafsu itu,jangan biarkan nafsu itu mengawal kita,sebab
kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Kita sebagai umat Islam dan hambanNya bertaqwalah kepada Allah nescaya akan mendapat keredhaan dari Allah sehingga jiwa atau jenis nafsu terhadap semua dari segala ketentuan Allah SWT.
Perbanyakkanlah Zikir ingat kepada Allah,
Ikhlaskan hati setiap niat dan perbuatan seharian, wafa' menepatilah pada janji, waro' menjaga dari perkara syubhat terlebih yang haram, zuhud meninggalkan senang dunia dan merasa cukup dengan yang halal walaupun ianya sedikit, karomah (kemuliaan) serta rindu kepada penciptanya Allah SWT.
Semoga perkongsian ini kita mendapat iktibar dan manfaat yang berguna sebagai pengajaran serta panduan buat kita semua.
Sudah baca?
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM