Kisah tempat tinggal ruh
Kisah tempat tinggal Ruh

Sudah baca? Mayat bangun dari kubur
Kemana selepas kematian kita setelah ruh keluar dari jasad , dimana kah tempatnya berkumpul ruh kita pada orang yang beriman dan non muslim pada orang yang kafir
Abu Bakar R.A dimana telah ditanya tentang mengenai  kemana ruh orang yang telah meninggal dunia pergi setelah ruh itu keluar dari jasad. Maka dari itu Abu Bakar R.A telah berkata :
 "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

1.Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2.Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3.Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4.Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
5.Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6.Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

a. Orang-orang yang mati syahid.
b. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
c. Orang yang puasa hari Arafah.
firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: ‘Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh.’” 
(Surah al-Anbiyaa’, ayat 105)

Sudah baca? Rahsia penduduk mekah umur panjang

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama