Dosa manakah, minum minuman memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Uthman bin Affan ra seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy. Dalam khutbah Uthman itu mengingatkanumat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang terlalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah khalifah Uthman.  Suatu hari lelaki itu berkenalan dengan wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
  1. Pertama minum khamr,  
  2. Kedua berzina,
  3. Ketiga membunuh bayi.
Beranggapan dosa minum arak dosanya lebih kecil daripada dosa yang lain, lelaki soleh itu memilih minum arak.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu, dia telah melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu berzina dengan perempuan pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
Kerana itulah hindarilah khamr yang memabukkan itu, kerana miniman itu biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah  iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Satu daripadanya harus keluar.  Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya ia akan kekal di neraka.
Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.” semoga panduan arak punca kejahatan ini memberi manfaat serta mendorong untuk menjauhinya segala perbuatan.
Mabuk kejahatan
Arak Punca Kejahatan

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama