Anjing anjing neraka



















Anjing neraka 



Sabda Rasullulah S.A.W kepada Mu’adz,
“Wahai Mu’adz, apabila di dalam amal 
perbuatanmu itu ada kekurangan :


Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
Bacalah AL-Quran
Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

Jauhi anjing neraka seperti berikut


1. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

2. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

3. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

4. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

5. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

6. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Anjing neraka menurut islam


Nescaya di akhirat nanti,kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,”Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada yang lain.”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang(menyakiti hati) dengan lisannya,dan anjing itupun merobek serta mengigit tulangnya.”

Siapakah akan terselamat dari anjing neraka


Kata Mu’adz , “Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,”Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.

Sudah baca?


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama