Abu Umairah r.a berkata : “Rasullulah
S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran
setelah itu Rasullulah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran”
Tiba masa orang akan memerlukan Al Quran
Telah bersabda Rasullulah S.A.W :
Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang
kepada ahli-ahlinya,yang mana di kala itu orang sangat
memerlukannya.”
Sudah baca? Faraid mewarisi harta pusaka
Kelebihan Al Quran Sebagai pembela dan panduan
Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya,”Kenalkah kamu kepadaku?” Maka
orang yang pernah membaca akan menjawab :”Siapakah kamu?”
Maka berkata AL-Quran : “Akulah yang
kamu cintai dan kamu sanjung,dan juga telah bengun malam untuk ku dan
kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”
Siapakah yang pernah membaca Al Quran
Kemudian berkata orang yang pernah
membaca AL-Quran itu: “Adakah kamu AL-Quran ?”lalu AL-Quran
mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah
S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di
tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang
muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau
berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami
memperolehi ini semua,pada hal amal kami tidak sampai ini?”
Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua
kerana anak kamu telah mempelajari AL-Quran.
Semoga kita semua mendapat manfaat dan panduan aminn
Sudah baca? Rahsia penduduk mekah berumur panjang
إرسال تعليق
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM