Solat tidak diterima
10 Solat Yang Tidak Diterima

Ibadat solat yang tidak diterima


Seseorang yang membina agama dan dengan mengerjakan solat dengan baik, benar serta sempurna, Maka Allah berfirman dimana benar dan sangat beruntung pada orang yang beriman hanya kepada mereka yang benar-benar khusyuk dalam mengerjakan ibadah solat, solat juga ditafsirkan sebagai jalan sebagai petunjuk Allah yang membimbing umatnya islam senantiasa untuk menghargai serta tepati masa ianya adalah salah satu falsafah ulung dalam mengerjakan solat. Tuntutan bagi umat islam.

Rasulullah SAW telah bersabda yang membawa maksud : “kepada siapa menjaga solat dan memelihara ibadah solatnya , maka dari itu solat sebagai cahaya baginya, juga petunjuk serta jalan selamat, barang siapa tidak pelihara solatnya, sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, juga tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.

Dibawah ini ade beberapa kesalahan solat yang wajib perlu dielakkan daripada perbuatan ,saya akan kongsikan sebagai panduan bacaan buat kita semua secara ringkasnya seperti berikut :-

Kesalahan dalam perbuatan solat


(a).Orang lelaki solat sendirian tidak membaca sesuatu.

(b).Tidak berzakat tetapi solat.

(c).Menjadi imam dalam solat berjemaah tetapi makmum tidak menyukai dan membencinya.

(d).Orang lelaki melarikan diri.

(e). Meminum arak dan tidak (Taubat).

(f). Perempuan yang dimarahi suami.

(g). Perempuan yang solat tidak pakai tudung. "kecuali muka dan kedua telapak tangan zahir dan batin hujung jari sehingga ke pergelangan tangan"

(h). Pemimpin dan imam sombong zalim menganiaya,. "berhati-hati dalam memilih pemimpin, tidak beramanah, tidak mahir, mahukan jawatan mempunyai niat yang tidak baik".

(i). Makan riba’. "Riba adalah perbuatan haram. Berkatakan riba adalah halal akan jadi kufur dan keluar dari Islam, perbuatan riba salah satu dari dosa besar yang wajib perlu dielakkan oleh muslim jelas diperkatakan al-quran dan sunnah ".

(j). Solat tapi masih melakukan perbuatan keji serta mungkar.” seseorang yang masih tidak meninggalkan perbuatan buruk serta larangan Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud : “Siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya solat itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT serta jauh dari Allah.”

Panduan solat yang benar-benar ikhlas dan khusyuk perlu dijadikan sebagai amalan buat kita semua semoga bermanfaat dengan panduan bacaan ini.


Sumber : borakdaily.com
 

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama