![]() |
Syaitan mengoda iman
SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah
seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan
kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak
atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan
memuliakannya.
Sikap warak pada Allah
Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani
berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang
panas terik itu ia merasa kehausan.
Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana
dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya
diselimuti awan di atasnya.
Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa: “ Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan. Dan telah kegugurkan semua kewajipan untukmu.” Bunyi suara ghaib itu.
Suara ghaib
Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir
cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu Cuma syaitan
yang menggoda keteguhan imannya.
Maka marahlah ia dan berkata : “Hai
mal’un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih
mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammmad SAW di sisi Allah Taala.
Jika isinya haram ia tetap haram
Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku.”Ujarnya tegas.
Sudah baca?
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM