Pahala Sebanyak Bintang Di Langit



Ganjaran pahala sebanyak bintang di langit bertapa luasnya rahmat yang Allah beri pada kita.




Lihatlah bertapanya luas rahmat dari Allah SWT kepada umat Muhammad s.a.w. Jika kita berniat sahaja melakukan kebaikan pun sudah diberi pahala, jika berjaya melakukannya akan menerima ganjaran sepuluh kali ganda dan boleh mencapai tujuh ratus gandaan pahala. 

Niat baik dapat pahala



Namun kejahatan yang baru diniatkan tidak akan dikira sebagai dosa setelah hambanya benar-benar melakukan kejahatan barulah keburukan dan kesalahan akan dicatat sebagai satu dosa tanpa sebarang gandaan.   
 

Dan ingatlah bahawa sesunguhnya Allah SWT Maha pengasih terhadap hamba-hambaNya kerana dengan pengiraan pahala dan dosa ini  sebenarnya akan mendorong manusia mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan di akhirat kelak dengan ganjaran Syurga. 


Dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa kita sebagai hamba-hambaNya hendaklah melakukan sebanyak mungkin amal kebaikan kerana ia boleh menghapuskan segala dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Ini bererti amal serta kebajikan membuat kebaikan bakal menyelamatkan kita daripda azab serta seksaan Allah SWT.


Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW,

Pahala sebanyak bintang



 ”Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. ”


Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a)” ,jawab Rasulullah SAW.Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut,lalu ia bertanya.

Pahala sampai kiamat



Ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?. Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a) dan keluarganya sampai hari kiamat.


Kita sebagai hambaNya pujuklah hati pujuklah diri untuk melakukan seberapa banyak kebaikan kepada diri sendiri juga kepada orang lain. Usahlah berfikir panjang untuk melakukan kebaikan. Peluang untuk melakukan kebaikan terbentang luas di depan mata kita. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat.

Wallahu alam


Sudah baca? 


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama