Kelebihan Umat Muhammad



Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :

kelebihan menjadi umat nabi muhammad



1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah,

Sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima di seberang tempat oleh Allah SWT.


2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang.

Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. 



Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.


4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga.

Tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SAW.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: 

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang telah dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya dengan satu persatu, sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan lagi Maha Mengasihani.” 

(Surah an-Nahl, ayat 18)


Sudah baca?



Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama