Kelebihan Berselawat Bersama Nikmat Diperolehi

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa,"Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail A.S.telah berkata kepadaku.

Kelebihan berselawat ke atas Rasulullah SAW


Berkata Jibrail A.S.: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu pada tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


Berkata pula Mikail A.S.: Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu"

Berkata pula Israfil A.S .: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Berselawat Allah mencabut Ruh dengan selembutnya


Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Berselawat Cinta Allah


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Rahsia kelebihan berselawat


Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.


Jadikan panduan bacaan untuk berselawat dalam kehidupan korang, nikmat yang kite perolehi dengan kelebihan berselawat, kongsikan artikel ini kepada keluarga saudara-mara, sahabat serta dan rakan-rakan.

Sudah baca? 


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama