Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa
di dalam syurga itu terbahagi dalam beberapa kamar-kamar. Dindingnya tembus
pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.Di
dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia
dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di
dunia.
![]() |
Kamar Di syurga |
“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai
Rasulullah S.A.W?” Tanya para sahabat.
“Untuk orang yang mengucapkan dan
menyemarakkan salam,untuk mereka yang memberikan makan kepada yang
memerlukan,dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di
waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”
“Siapa yang bertemu temanya lalu
memberi salam,dengan begitu ia telah bererti telah menyemarakkan yang salam. Memberi mereka makan kepada ahli dan keluarganya sampai
berkucupan,dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang
membiasakan selalu berpuasa.Mereka yang solat Isya’ dan subuh
secara berjemaah,dengan begitu bereti termasuk orang-orang sedang
tidur lelap. “Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Siapa yang tidak meninginkan untuk masuk ke syurga, kerana disitulah tempat Yang kekal dan selama-lamanya kita di sana nanti berbeza Dengan Alam kehidupan dunia ini Yang hanya sementara atau sekadar tempat persingahan kita sebagai umahnya serta hambaNya. Allah telah jadinkan Kita hanya sementara sahaja. Siaplah Yang paling baik amalannya..nescaya ganjaran janji Allah itu pasti.
Semoga perkongsian panduan ini dapat sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan serta mendapat manfaatnya satunya. Semoga Kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Catat Komen
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM