cara memasang meta tag di blogspot


Meta tag mesra SEO pilihan idaman setiap blogger, pengunaan meta tag punyai beberapa tips dan rahsia dalam penerapan secara teknikal atau kepakaran  untuk memasang meta tag seo friendly harapan blog korang cepat terindeks oleh search engine, bagi panduan blog tutorial kali ini saya akan membahas cara terbaik untuk memasang meta tag blog SEO.



Bagi pengguna blogspot khasnya atau blogger dengan membuat pembaikan dan pengubahsuaian meta tag dimana supaya disukai oleh bot atau crawler supaya dapat bertahan pada kedudukan halaman pertama page google hasil dari pencarian pengguna internet di mesin pencarian Google terutamanya.

Terbaik Memasang Meta Tag Blog SEO
Terbaik memasang meta tag blog


Fungsi memasang meta tag adalah untuk memaksimumkan blog atau website agar blog korang mesra SEO secara totalnya, ianya adalah satu hal yang amat penting sebagai seorang blogger yang paling utama dalam berblogging untuk menentukan penerimaan google terms of services TOS berkenaan prestasi, rangking, serta kelompok 10 kedudukan terbaik diindeks google pada halaman google. kesilapan dalam mengendalikan perubahan meta tag akan memberi kesan yang sangat buruk kepada blog korang.



Kerap menukar template blog

Situasi ini bot akan bekerja lebih cepat saat korang membuat perubahan pada template header dengan pelbagai pilihan medium template yang tersedia ada berbayar atau pun template percuma, tapi korang perlu tahu ada ketika Google akan membuat perubahan dalam hasil pencarian di search engine.



Dan jika sekiranya ada perubahan yang korang buat dalam template blog ianya berkait rapat dengan perubahan meta tag korang juga secara tidak langsung akan turut hilang kerana ada beberapa script HTML akan turut berubah, Kesannya bounce rate trafik akan menurun secara mendadak.


Panduan google analytics



Korang boleh rujuk prestasi blog korang pada search console dan google analytics sebagai panduan dimana pageview korang menurun dengan sangat terkesan akibat perubahan meta tag tanpa kita sedar.

meta tag keywords seo


Satu saya ingatkan pada korang dengan membuat posting atau artikel korang yang telah sedia ada dan terlalu banyak jumlahnya ini akan menyebabkan akibat kesannya akan mengambil masa terlalu lama untuk artikel korang di index semula ke paparan halaman google keyword atau kata kunci yang bersesuaian juga menjadi faktor dalam proses halaman artikel. 


So korang perlu fikir dua kali sebelum membuat perubahan keatas meta tag, masa untuk korang menunggu diindex semula mungkin untuk beberapa minggu atau mungkin hampir sebulan itu pun tengok pada faktor lain sekiranya tiada permasalahan atau tiada kesilapan dalam membuat perubahan meta tag yang mungkin akibat lebih teruk lagi artikel korang tidak akan diindeks terus oleh halaman google.

Pilihan meta tag terbaik


Bagaimana cara untuk korang mengubah meta tag header agar blog atau website korang menjadi lebih Mesra SEO, langkah pertama korang perlu 
login ke blog terlebih dahulu 

>klik Rancangan / Desain > Edit HTML

Dan seterusnya korang cari kod :

<title><data:blog.pageTitle/></title> 

Kod seperti diatas biasanya akan berada di bawah kod <head> atau kalau korang nak lagi mudah pencarian kod seperti diatas korang gunakan (CTRL + F) isi kod yang korang nak cari di kolom search copy dan paste sahaja.

Seterusnya dah jumpa kod yang dicari tadi, korang hapuskan terus 

<title><data:blog.pageTitle/></title> 

dan korang gantikan dengan kod dibawah seperti berikut :


<!-- Start tehokaw.com: Changing the Blogger Title Tag  -->
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.title/></title>
</b:if>
<!-- End tehokaw.com: Changing the Blogger Title Tag  -->

 


Korang boleh mengubah atau tukar coding yang lebih sesuai dengan citarasa korang untuk mencuba mendapatkan hasil lebih baik dalam membuat perubahan pada meta tag header korang. Korang boleh cuba gantikan simbol sepert warna yang telah saya tandakan hijau ( | ) pilihan yang saya gunakan setakat ini, dengan beberapa pilihan simbol lain, misalnya seperti: ( - ), ( ~ ), ( < ). Dan korang gantikan huruf berwarna merah dengan alamat URL link blog korang ok.



Korang boleh cuba untuk menerapkan coding meta tag jenis yang saya kongsikan ini mengikut juga jenis keserasian pada blog template script html korang, kerana setiap template blog korang ade yang berlainan serta ada perbezaan tapi fungsinya tetap sama. 


Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah korang..selamat mencuba dan mendapat manfaat dari panduan meta tag seo blog tutorial. 

Sudah baca? :




Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama