Rujukan tips membeli kereta terpakai


Tips membeli kereta terpakai 


Kereta terpakai, Perkara yang paling utamakan sekali yang korang perlu tahu semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan penglihatan ketika memeriksa kenderaan itu dalam keadaan yang terang. Elakkan dari memeriksa kenderaan dalam keadaan gelap dan malap pencahayaan yang kurang baik.



Kalau difikirkan membuat pilihan untuk memiliki kereta sendiri saat kini memang sangat memeningkan kepala nak beli kereta baru atau terpakai mana lebih berbaloi, sudah tentu kereta yang lebih baru serta puas hati berbeza bagi kenderaan "recon" kebanyakkannya telah berusia 7-9 tahun tapi tidak dapat disangkal lagi kereta terpakai juga tidak kurang hebatnya.


Tips memilih kereta terpakai eropah


Kereta terpakai adalah kenderaan "recon" terdapat banyak pilihan model-model kenderaan dari dalam dan luar negara yang didatangkan dari Japan, UK dan Eropah edisi premium di bawah budget kewangan korang untuk dimiliki antaranya seperti Toyota Vios TRD Sportivo atau Vios G A/T , Nissan Almera 1.5 vl Sedan , Honda City 1.5 liter iVTEC E Spec atau Volkswagen Golf GTI MK7 dengan pelbagai segment dan varian mengikut market harga bermula dari 30k - 60k.



Setelah membuat calculation untuk membeli kereta dengan kadar nilai 10% dari gaji, dan tambah lagi 10% dari gaji untuk kos serta komitmen pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos dan upah tersembunyi semasa pemilikan kenderaan diantara kenderaan baru atau terpakai mana satu pilihan korang mengikut kemampuan yang ada.


Harga susut nilai


Bagi kenderaan tempatan seperti Proton dan perodua tidak juga kurang hebat dengan persaingan model premium antaranya, PREVE, PERSONA SV, INSPIRA, EXORA itu bagi PROTON, bagi model keluaran PERODUA pula AlZA MPV , MYVI compact, AXIA serta ARUS SUV. Jika dilihat harga pasaran kereta terpakai di Malaysia kadar susut nilai 10-20 peratus daripada nilai jualan asal.


Faktor nilai bagi sesebuah kereta untuk dijual semula adalah tips sangat penting untuk  dititikberatkan sebelum korang membeli kereta baru nilai jualan semula yang tinggi merupakan salah satu perkara perlu dipertimbangkan mengikut trend masa kini seringkali ramai individu bertukar-tukar kenderaan. Adakah dalam perancangan korang akan upgrade kenderaan faktor insurance / Car Insurance juga perlu diambil kira juga melibatkan kos tertentu atau korang kekal dalam tempoh yang lama memiliki sebuah kereta.


Ramai juga pengguna yang merunggut atau ketidak kepuasan hati setelah membeli kenderaan banyak kes membabitkan penipuan penjualan kereta berlaku akibat kesilapan oleh pembeli itu sendiri tidak berhati-hati seperti tidak menyiasat latar belakang syarikat pengedar kenderaan tersebut ianya sebagai satu peringatan buat kita semua. Dan lagi satu perkara membeli kereta terpakai juga adalah salah satu cabaran, ia adalah berisiko namun dengan pengetahuan yang betul untuk mengenal pasti sama ada sesebuah model kereta itu realibel dan dalam kondisi tip top.


Disini dengan lebih lanjut saya akan kongsikan tips serta rujukan buat korang yang ingin membeli kereta terpakai pemeriksaan kenderaan lebih terperinci pada kenderaan sangatlah penting untuk mengelakkan kos baik pulih yang tinggi dikemudian hari atau tertipu dari kedai penjual kereta terpakai


Tips pemeriksaan kereta


[a] Periksa handle buka dan tutup pemegang pintu berserta pengunci luar pada bahagian pintu driver


[b] Periksa juga pintu, hood bonnet dan boot bonnet boleh dibuka dan ditutup dalam berkeadaan yang baik.


[c] Pastikan ‘front bumper, rear bumper dan side skirting tepi dalam keadaan posisi yang baik tidak goyang, renggang dan tidak crack atau scratch


[d] pada bahagian luaran bawah kenderaan pastikan saluran exhaust pipe tiada kebocoran, lapisan titanium wrapping, periksa pastikan tidak berkarat di setiap sambungan pipe terutama pada penyambung extractor header exhaust dan pada perendam bunyi.


[e] Pastikan rim tidak retak, bengkok serta berkarat.


[f] Pastikan periksa semua lampu dan berfungsi dengan baik seperi hazard light/double signal, head lamp/lampu depan, brake lamp, reverse lamp dan juga tail lamp.

Rujukan Tips Membeli Kereta Terpakai


Cara periksa enjin kereta terpakai



[a] keadaan engine telah dicuci bersih dari segala kotoran atau sebarang liking dari minyak.


[b] Pastikan engine kelihatan dalam keadaan standard tiada perubahan ketara atau berlaku pengubahsuaian yang tidak mengikut prosedur.


[c] Periksa keadaan engine dan pastikan tiada bocoran atau liking disekeliling terutamanya pada head gasket, gearbox, reverse switch, lelehan minyak pada driveshaft atau dari flywheel. Tips cara bagaimana untuk korang tahu sekiranya ada kebocoran pada engine, korang boleh letakkan sekeping kotak putih atau kertas bersaiz besar di bawah engine lakukan setelah korang test drive menguji kenderaan.


[d] Sistem penyejukan engine juga perlu diperiksa tiada kebocoran pada radiator dan tempat penyimpanan air spare tank ( Coolant ).


[e] Pastikan semua ‘belt’ ( Timing Belt, Fan Belt ) berada dalam keadaan baik tidak berbulu dibahagian tepi, tidak koyak di bahagian gigi belt, tidak berminyak, kotor dan berhabuk.

Sudah baca? Signal kereta rosak tukar relay flashers unit

Tips membeli kereta terpakai

Tips periksa bahagian dalam kereta


[a] Pastikan handle pembuka pintu dan bonet boleh diakses buka dan tutup dengan mudah.


[b] Power window button untuk cermin pintu turun dan naik berada dalam keadaan baik.


[c] Karpet atau pelapik pengalas kaki ( Floor Mat ) berada dalam keadaan baik untuk memastikan keselesaan sewaktu memandu.


[d] Buka karpet lantai periksa lantai Pastikan lantai tidak berkarat, kemungkinan ada laluan air melalui "plug hole" di lantai akibat longgar atau tampalan getah silicone tidak kemas.


[e] Pemeriksaan dibahagian hadapan dalaman memastikan ‘dashboard’ tidak retak dan calar


[f] Menguji keadaan steering arah ke kiri dan kanan.


[g] Test untuk menekan pedle break dan clutch dengan kaki.


[h] Pastikan air cond/penghawa dingin berfungsi dengan baik dan sejuk mengikut speed dari button Low ke High Fan.


[h] Tali pinggang / sit bell dapat digunakan dengan baik bagi ciri-ciri keselamatan yang penting bagi semua kenderaan.


[i] Pastikan ‘jeck’ dan pemutar jack tayar serta lug wrenches ada bersama dalam simpanan kenderaan dan dalam berkeadaan baik untuk digunakan sewaktu diperlukan.


Pandu uji kenderaan


[a] Menguji untuk memutarkan kunci sekadar menghidupkan ‘switch’ dalam kedudukan ON tetapi jangan hidupkan enjin untuk melihat panel speedometer.


[b] Lihat dan perhatikan adakah jarum meter suhu ( (Temperature ) bergerak.


[c] Memastikan lampu minyak engine dan bateri menyala.



Masa untuk menguji engine kereta dengan menghidupkannya

[a] Pastikan semua simbol instrumen indikator menyala pada panel meter berfungsi dengan baik seperti simbol check engine, aras minyak (oil pump), handbrake, temperature, ABS.


[b] Tiada menghadapi masalah dengan sistem trasmisi gearbox Auto / Manual.


[c] Matikan engine dan hidupkan semula engine pastikan ulang start dalam keadaan yang baik.


[d] Pastikan tiada berlaku kebocoran pada minyak engine di bahagian bawah.


[e] Pastikan sewaktu memandu tiada bunyi yang terhasil dalam kereta hentakan, gegaran atau geseran yang ketara di dalam dan luar kenderaan.


[f] Tiada masalah semasa penukaran gear mengunakan gear manual atau gear auto.


[g] Cuba pusingkan steering dengan putaran 360 darjah pastikan adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi di bahagian engine bay?


[h] Cuba korang try memandu kereta dan lalu di kawasan yang tidak rata dan berbonggol untuk menguji tahap kondisi absober sistem suspension kereta..


[i] Hidupkan enjin kenderaan untuk beberapa minit untuk menguji suhu kepanasan (temperature) pastikan suhu stabil kepanasan dalam keadaan normal.



Seterusnya lakukan pemeriksaan terakhir

Periksa nombor casis nombor badan kenderaan dan nombor engine pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran atau geran kenderaan bagi setiap nombor yang tertera telah diperuntukkan oleh pembuat kereta pengilang keluaran kenderaan dan ianya umpama identiti kenderaan yang akan didaftarkan oleh pihak JPJ.


Semoga rujukan serta tips membeli kereta terpakai ini dapat membantu korang dalam membuat keputusan yang betul dan tepat minta bantuan pada rakan korang orang yang boleh dipercayai semasa membeli kereta terpakai, JAGA-JAGA POKET ANDA NASIB MALANG TAMPA KITA SEDARI!!!.


Jika artikel ini sangat membantu share kepada rakan-rakan serta sahabat handai..Sekian terima kasih.


Sumber Artikel : www.gempak.org

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama