Proton pasaran united kingdom
Proton Holdings Bhd akan melakukan kemunculan semula secara besar-besaran di pasaran United Kingdom (UK) tahun depan menerusi pelancaran Preve dan Exora di negara itu.
Pengeluar kereta nasional itu kini sedang giat mempersiapkan kedua-dua model berkenaan bagi menepati peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa UK serta menepati cita rasa pembeli di negara itu.
Timbalan Ketua Eksekutifnya,Datuk Lukman Inbrahim berkata pasaran UK sangat penting dalam mengukuhkan kehadiran PROTON di arena antarabangsa.
Peluang besar kereta nasional
Pasaran berkenaan, katanya, menawarkan peluang besar kepada pengeluar kereta nasional iyu untuk terus berkembang kukuh pada masa depan.
Exspo Motor Antarabangsa Thailand
"Kami mempunyai rekod permulaan yang baik di pasaran UK.Bagamanapun,perubahan secara berterusan dalam peraturan dan spesifikasi terhadap kenderaan yang dijual di UK,memberi cabaran besar untuk bertindak balas dengan perubahan berkenann,:katanya ketika ditemui di Exspo Motor Antarabangsa Thailand 2012,di Bangkok baru-baru ini.
"Kini,kami sedang berusaha menepati peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan untuk membuat kemunculan semula di pasaran UK pada separuh kedua tahun depan"katanya.
Lukman berkata PROTON mempunyai kehadiran yang besar di UK menerusi dua anak syarikat iaitu PROTON Cars (UK) Ltd dan Group Lotus plc.
Perkukuh kehadiran di UK
Beliau berkata, pihaknya juga kini sedang mengkaji untuk menggunakan sepenuhnya sinergi kedua-dua syarikat berkenaan untuk mengembangkan lagi produknya di pasaran berkenaan..
"Kami akan mengukuhkan lagi kehadiran kami di UK dengan gabungan sinergi antara PROTON dan LOTUS. Kami kini sedang mengkaji strategi yang terbaik untuk meraih manfaat daripada sinergi kedua-dua entiti,"jelasnya.
Lukman berkata,sebagai persendirian, PROTON Holdings sudah memperkenalkan model Preve dan Exora di Australia pada Oktober lalu.
Beliau berkata,pasaran Australia menjadi penanda aras kepada pengeluar kenderaan nasional itu untuk menghasilkan model kereta yang menepati piawaian antarabangsa.
Proton pasaran asia barat dan indonesia
Katanya Australia adalah pasaran maju dan dengan menembusi pasaran negara itu dapat membantu kumpulan itu dalam menepati peraturan yang ketat di pasaran yang sangat dikawal selia itu.
"Jika mahu berjaya pada masa depan,ia mestilah mampu untuk menghasilkan produk global dengan spesifikasi global. Ia juga mesti memenuhi keperluan dan peraturan global supaya dapat menawarkan produk dan perkhidmatan yang setaraf."katanya.
Selain pasaran UK,Lukman berkata PROTON juga meninjau untuk memantapkan kehadiranya di negara lain seperti pasaran Asia Barat dan Indonesia.
Sudah baca? Signal kereta rosak tukar relay flasher unit
Catat Ulasan
Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM