Muka yang muram galak lelaki ghairah?
Benar ke lelaki lebih ghairah sewaktu ekonomi merundum atau menghadapi masalah kewangan? kajian yang telah dijalankan oleh university of Kansas mengatakan lelaki lebih suka menghabiskan masa di bilik tidur apabila mengalami masalah kegawatan ekonomi. Lelaki yang terlibat di dalam kajian oleh universiti tersebut telah disuruh untuk menggambarkan keadaan disaat kematian dan kemudian diarahkan tunjukkan pula gambar seksi. Saintis atau pengkaji telah mendapati respons menunjukkan bahawa lelaki yang dalam keadaan sedih/muram memberi reaksi dan degupan jantung lebih cepat apabila disuakan dengan objek seksi atau perempuan.


Lelaki kerap mengantuk tanda masalah jantung?
Korang perasan tak selalu menggantuk? Menurut kajian yang dijanlankan oleh Norwegian, sekiranya korang rasa mengantuk dan tetapi sukar untuk tidur, kemungkin itu tandanya risiko penyakit jantung. Dalam kajian tersebut telah dijalankan selama hampir 11 tahun ke atas 53.000 lelaki dan wanita. Pada korang yang menghadapi kesukaran untuk tidur berhadapan dengan 45% peratus peningkatan risiko sakit jantung dan serangan jantung berbanding orang yang tidak mengalami masalah. Bukan sahaja penghidap insomnia sahaja yang berisiko malah sesiapa yang kurang tidur lebih dari satu kali dalam seminggu juga berdepan dengan risiko penyakit yang berkaitan dengan jantung.


Urat kaki berubah kembang juga serang kepada lelaki yang muda?
Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji Britain, telah mengatakan 56 peratus lelaki yang menghadapi masalah urat kembang atau vericosevein. Masalah simptom seperti varicose vein ini bukan sahaja soal penyebabnya terjejas rupa kaki ia juga menyebabkab perubahan yang ketara pada warna, pendarahan atau barah pada kulit dan kaki kesan pada individu itu kaki rasa berat yang boleh menjejaskan aktiviti harian serta tugasan rutin harian.


Lelaki 50-an terdedah dengan kanser kolorektal?
Siapa tahu Kanser kolorektel biasanya kanser ini bermula dari ketumbuhan kecil yang dikenali sebagai polyps yang kemudiannya akan bertukar menjadi besar serta berubah bentuk menjadi kanser yang mengambil masa bertahun-tahun untuk ianya menghadilkan kanser merbahaya , menurut kajian yang telah dijalamkan ,24,000 ribu lelaki mati akibat dari kanser kolorektal pada tahun 2008 dan merupakan kanser adalah yang menyebabkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser paru-paru dan prostat. Kajian ini juga telah mendapati, Lelaki yang berusia 40 tahun dan ke bawah tidak berisiko mendapat kanser kolorektal ini kerana 90% peratus kes telah menunjukkan ianya berlaku dan terjadi kepada lelaki yang berusia lebih 50 tahun.

So korang perlu sentiasa peka mengenai penjagaan kesihatan, ianya tidak semestinya datang dari pemakanan harian , masalah penyakit ini juga ada punca dari emosi, tekanan serta kurangnya tidur. So korang ambil inisiatif untuk perbaiki kehidupan seharian yang lebih baik. Cuba untuk elakkan danbjauhkan kehidupan yang memudaratkan. Semoga tips lelaki ini mendapat manfaat buat korang semua.

Penting untuk lelaki
Penting untuk lelaki

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama