Memasang CommentLuv disetiap akhir Bacaan artikel membantu kita dapat lebih banyak  pengunjung untuk meninggalkan Komen dengan sepatah dua Kaya, kemudahan ruang Komen yang kita sediakan juga memberi keuntungan yang besar serta beberapa faktor kebaikan terhadap blog kita.

Pastikan Kita memberi semaksimun kemudahan ruang Komen pada pengunjung, senangkan para pengunjung dengan melakukan blogwalking menulis serta memberi feedback, pendapat, dan juga pertanyaan beberapa soalan, dengan tersedianya kolom Nama, ruang pesanan dan paling penting sekali pengunjung boleh meninggalkan jejak meletakkan link URL Pada kolom Yang disediakan oleh commentLuv , Dalam masa Yang sama kita
 dah beri backlink sebagai bonus kepada orang yang komen pada commentluv blog kita daripada itu backlink ni penting untuk dapat Pagerank yang lagi bagus di rangking kedudukan page google Kita.

Pagerank (PR) Penting supaya blog kita akan dapat diindex terlebih dahulu dan diberikan prioriti  atau diberi pengiktirafan oleh Google dalam kedudukan Google search Engine dimana semakin tinggi nilainya semakin bagus blog korang.  juga dapat membantu untuk memantapkan lagi blog korang.

Pasang komen
Commentluv Blogspot

Langkah-langkah pemasangan commentluv Pada blog korang, disini saya ingatkan setiap template blog korang mempunyai coding script yang berbeza-beza untuk pemasangan commentluv hasil dari pembacaan dan penelitian saya perkongsian blogger diluar mengenai pemasangan commentluv pada template berplatform blogspot masih ada yang gagal atau tidak berfungsi kemungkinan template yang digunakan tidak dapat menyokong.

Ada juga beberapa blogger telah mencuba Dan hasilnya menjadi ianya terletak juga atas faktor template yang digunakan, korang boleh cuba dengan mengunakan template Yang berlainan Dengan menukar tema Emporio, Soho Dan Cotempo, ingat ini Bagi platform blogspot sahaja ye. So kalau korang nak Cuba Tidak menjadi masalah..

Sebelum tu korang jangan lupa untuk backup/simpan blog korang terlebih dahulu untuk mengelakkan terjadinya Ralat atau error

Cara mudah pasang commentnLuv first korang pasang IntenseDebate pada blog korang : Register IntenseDebate.com


1. Pertama sekali korang login Dan klik

Login > Klik > Install IntenseDebate

2. Selepas korang dah Add, korang jangan continue Dengan step lagi ok

Klik Sites > Blog Korang > Plugin > Activate Commentluv

Korang boleh edit la segala options yang ada, boleh letak Facebook share button jika korang nak

3. Seterusnya kalau korang dah Set Up 

klik Tools > Reinstall

4. Ok korang pergi Select installation type: saya cadangkan korang supaya pilih Pada 'Template'. Tak susah sangat sebenarnya.

Klik > Select Installation Type > Template

5. Seterusnya klik Install only on all new post, kalau korang tak install Akan menyebabkan komen-komen lama korang akan hilang atau (hidden).

6. Ok langkah seterusnya korang Buka :


Dashboard > Blog anda > Layout > Edit HTML > Download Full Template.

Jangan lupa Pastikan korang simpan Simpan/ copy .xml file tu seperately, just in case kalau apa-apa terjadi, korang boleh restore semula.

7. Pada Browse file .xml yang tadi korang klik Upload file and continue.

Klik > Upload File > Continue

8. Sekiranya korang dah upload, copy code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah di modify.

9. Lepas tu pergi semula ke :

Blogger.com > Dashboard > BLOG ANDA > Layout > Edit HTML > PASTE untuk memudahkan kerja Dengan mengunakan (CTRL+A dan CTRL+V) code baru.

PERINGATAN

Korang dikehendaki menukar comment form ke embed below post, supaya intense debate korang dapat berfungsi dengan baik

Saya harap Dengan perkongsian ini dapat membantu korang Dan menyelesaikan masalah korang, Semoga bermanfaat. Selamat mencuba Kita jumpa lagi next Dengan blog tutorial. Terima kasih

Sumber Artikelariffshah.com

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama