Penawar menangani dan menghadapi kemarahan diri

Marah kunci kejahatan


Kehidupan seharian Kita adalah bersaudara sesama islam amalan sering bermaafan antara sifat yang sejati dalam tuntutan dan syiar sebagai seorang islam.

Sifat marah yang lahir dari daripada dalam isi hati seseorang dimana ianya mempunyai kaitan dengan keimanan. Seseorang yang mempunyai sifat sabar hanya dapat menahan dari rasa keinginan untuk memarahi disaat rasa yang membuak dan genting dimana sudah tentu mendapat ganjaraNya.

Seorang muslim yang benar-benar dapat mengawal iman serta sifatnya daripada kemarahan dimana ianya adalah seorang yang kuat di sisi Allah.


Daripada Abdullah bin Umar ra, Rasulullah SAW telah bersabda : 

"Tiada hamba yang meneguk air, lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah."(riwayat Ibnu Majah)

Dari itu, perasaan marah yang ada pada setiap orang boleh dikategorikan atau ianya dapat didefinasikan sebagai rasa yang lahir dari hati seperti rasa panas hati ianya terlelak oleh beberapa faktor kehidupan sekeliling seperti kerana telah ditipu, dihina dan juga ejekan oleh rakan dan lain-lain, ia datangnya dari hati kita sendiri. 

Perasaan marah yang dimiliki akhirnya akan meresap ke dalam darah kita dan dalam masa yang sama perasaan marah akan meresap dan menguasai pemikiran dalam akal fikiran yang tidak boleh dikawal.

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW dimana telah bersabda bahawa : 

Seorang yang gagah itu, bukanlah orang yang kuat bertinju. tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal dirinya dari perasaan marah
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam kehidupan seharian kita atau rutin harian kita juga tidak terlepas dari perasaan marah, banyak perkara dan punca juga terutamanya dalam hubungan sesama kekeluargaan dimana berlakunya perselisihan faham, akibat dari kerana tidak sehaluan, kerana mulut atau bergurau yang keterlaluan.

Perkara begini akan merenggangkan keakrapan dan tali silatulrahim persaudaraan antara satu sama lain. Tidak salah kalau kita hendak  marah dan jika sesuatu, atau perbuatan yang telah dilakukan oleh seseorang itu yang bertentangan dengan ajaran islam yang terpesong.

Allah SWT sangat menyukai sifat yang lemah dan lembut. 

Daripada Aisyah ra, Nabi SAW telah bersabda: 

"Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara."(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita digalakkan untuk menjalin hubungan persahabatan seberapa baik yang boleh Begitulah juga dalam hubungan jiran tetangga, rakan kerja, rakan sekolah dan sebagainya
.

Ambil air sembahyang/wuduk dan banyakkan istigfar, kerana istigfar juga dapat mengawal seseorang dengan sifat marah.

Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah,sesungguhnya hati tunduk kepada Allah SWT.

Bacaan yang boleh diamalkan untuk meredakan kemarahan 

Bacalah istia'zah atau ta'awuz :

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ

"Aa'uzubillahiminassyaitonirrojim"

Maksudnya : 

"Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam"


Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.

Pesanan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW dan juga para ulama terdahulu telah memberikan berbagai-bagai ungkapan dan falsafah tentang mengenai bahayanya serta buruk sifat marah



 

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama