mesra seo
Maksud SEO Google

Sedikit perkongsian mengenai dunia blogging hasil dari bahan bacaan dengan berbagai platform seperti blog-blog, website, ebook digital mahupun forum segala macam tips, teknik serta kemahiran serta perkongsian terutamanya dari tutorial oleh  rakan serta sahabat dari blogger baru hinggalah ke blogger lebih lama bertapak dalam dunia pembinaan tapak blog dan website, dimana sejak akhir-akhir ini yang hangat diperkatakan, pembinaan laman web yang seharusnya kita perlu mengikut peredaran masa serta zaman serba cangih dan juga trending masa kini, Dalam blogging SEO tidak boleh dipisahkan seperti aur dengan tebing tanpa SEO tiadalah artikel ini untuk dibahaskan.

SEO penting dalam perniagaan online pemilik blog dan website


Saya tidaklah pakar dalam menterjemahkan banyak perkara dalam SEO ni sekadar mana yang tahu itu pun dengan hasil pembacaan saya juga. Korang mesti tahu apa itu SEO terutamanya kepada pemilik yang mempunyai blog atau  website. singkatan bagi satu terma teknologi Alam Siber iaitu (Search Engine Optimization).  SEO  yang sering kali diperbincangkan dalam setiap anjuran kelas-kelas produk jualan ,  seminar perniagaan juga penjualan ebook elektronik d
an juga jualan buku berkaitan tips serta kemahiran dalam pengunaan SEO yang tepat.

Bagi para blogger bukan lagi jadi pilihan lagi ianya dah menjadi kewajiban perlu ada ianya satu strategi pemasaran yang perlu korang kuasai di internet. Contohnya bagaimana untuk mendapat laman web milik korang yang muncul dan berada di laman pertama top 10. Dalam hasil carian enjin Google, sekiranya seseorang menaip keyword yang hendak dicari seperti perkataan 'popular' adakah hasil pencarian keyword itu dari laman website atau blog korang sendiri? atau milik orang lain..kebiasaannya setiap indeks halaman pertama hasil dari carian keyword akan memaparkan 10 senarai website serta blog sahaja atau langsung tiada tersenarai atau mungkin halaman korang berada di halaman ke dua, ketiga dan seterusnya atau langsung tiada, itu yang menjadi permasalahan dimana salah dan silapnya.

Teknik strategi pemasaran di internet


Jadi, inilah sebahagian yang dikatakan daripada penggunaan strategi pemasaran di internet. Teknik SEO yang korang boleh gunakan untuk manipulasi teknik algoritma atau reka cara selok-belok perjalanan dalam proses sebuah laman web oleh enjin carian bagi menempatkan senarai serta kedudukan Bagi sesebuah blog atau laman website korang itu berada pada senarai carian Paling atas.

SEO mempunyai tekniknya tersendiri dibahagikan kepada dua bahagian iaitu White SEO dan Black Hat SEO. White SEO adalah teknik yang boleh digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian perlu korang mematuhinya. Black
 Hat SEO adalah teknik yang tidak dibenarkan tidak boleh digunakan oleh pihak laman web enjin carian.

Penarafan Dalam senarai carian yang teratas Dan dengan keyword kata kunci tertentu juga boleh dibayar pada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan kedudukan atau tempat yang tertinggi dalam senarai carian. Teknik
 White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci keyword dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link ExchangesOnsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kata kunci untuk memberi maklumat sesebuah laman web dll.
Beberapa teknik Black Hat SEO adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, dll.

Computer juga mengunakan program-program yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik dalam perlaksanaan SEO, seperti Link
 Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dll. penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dll.

Program pada komputer menggunakan teknik Onsite Analysis seperti Google Analytics, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome 
digunakan untuk penarafan Dalam senarai carian oleh sesebuah laman web carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian Yang telah menggunakan teknik tertentu yang bersesuaian dengan cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.
Dengan mendapat kedudukan Dan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, dengan ini meningkatkan capaian oleh traffik serta pengunjung terutamanya di internet.
Jadi, dengan ini akan dapat meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Contoh, apabila pengguna menaip perkataan 'popular' pada laman search Google, alamat laman web http://tehokaw.com akan berada dalam kelompok senarai lima tertinggi. Tidak dapat dinafikan
kan biasa pengguna akan klik atau masuk ke laman web tersebut Paling tidak pun senarai kelompok antara 1-8 menjadi tumpuan pengguna serta pembaca.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada Kita semua Dalam pengunaan teknik SEO Yang dibenarkan atau yang dilarang. So Kita perlu berhati-hati Dalam mengunakan teknik, pastikan teknik Yang benar-benar betul Dan menyakinkan..selamat berblogging Dan selamat berjaya.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama