Maksud SEO Untuk Blogger

Apa itu seo dalam blogger

Sedikit perkongsian mengenai dunia blogging hasil dari bahan bacaan dengan berbagai platform seperti blog-blog, website, ebook digital mahupun forum segala macam tips, teknik serta kemahiran serta perkongsian terutamanya dari tutorial oleh  rakan serta sahabat dari blogger baru hinggalah ke blogger lebih lama. 

bertapak dalam dunia pembinaan tapak blog dan website, dimana sejak akhir-akhir ini yang hangat diperkatakan, pembinaan laman web yang seharusnya kita perlu mengikut peredaran masa serta zaman serba cangih dan juga trending masa kini, Dalam blogging SEO tidak boleh dipisahkan seperti aur dengan tebing tanpa SEO tiadalah artikel ini untuk dibahaskan.

Mengapa seo penting dalam website


Saya tidaklah pakar dalam menterjemahkan banyak perkara dalam SEO ni sekadar mana yang tahu itu pun dengan hasil pembacaan saya juga. Korang mesti tahu apa itu SEO terutamanya kepada pemilik yang mempunyai blog atau website. 

Seo untuk bisnes online

singkatan bagi satu terma teknologi Alam Siber iaitu (Search Engine Optimization).  SEO  yang sering kali diperbincangkan dalam setiap anjuran kelas-kelas produk jualan ,  seminar perniagaan juga penjualan ebook elektronik dan juga jualan buku berkaitan tips serta kemahiran dalam pengunaan SEO yang tepat.

Bagi para blogger bukan lagi jadi pilihan lagi ianya dah menjadi kewajiban perlu ada ianya satu strategi pemasaran yang perlu korang kuasai di internet. 

Contohnya : bagaimana untuk mendapat laman web milik korang yang akan muncul dan berada di laman pertama 10 senarai terbaik dalam hasil carian, sekiranya seseorang menaip keyword yang hendak dicari seperti perkataan 'popular' adakah hasil pencarian keyword itu dari laman blog korang sendiri? atau milik orang lain..

Kebiasaannya setiap indeks halaman pertama hasil dari carian keyword akan memaparkan 10 senarai website serta blog sahaja yang akan tertera atau langsung tidak tersenarai atau mungkin halaman korang berada di laman ke dua, ketiga dan seterusnya, jika langsung itu yang menjadi permasalahan dimana salah dan silapnya.

Strategi pemasaran online apa saja


Jadi, inilah sebahagian yang dikatakan daripada penggunaan strategi pemasaran di internet. Teknik SEO yang korang boleh gunakan untuk manipulasi teknik algoritma atau reka cara selok-belok perjalanan dalam proses sebuah laman web oleh enjin carian bagi menempatkan senarai serta kedudukan Bagi sesebuah blog atau laman website korang itu berada pada senarai carian Paling atas.

Arti seo dalam blogger


SEO mempunyai tekniknya tersendiri dibahagikan kepada dua bahagian iaitu White SEO dan Black Hat SEO. White SEO adalah teknik yang boleh digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian perlu korang mematuhinya. Black
 Hat SEO adalah teknik yang tidak dibenarkan tidak boleh digunakan oleh pihak laman web enjin carian.

Black Hat SEO perlu diingatkan hindari dari pengunaan teknik tersebut juga dikenali sebagai spam indeks untuk mempratik search engine optimization, yang membawa kepada melanggar term of service TOS Google dimana teknik yang cuba untuk memanipulasikan sistem kesannya tindakan seperti di banned atau dimasukkan ke google sandbox sebagai tindakan penalty oleh google kepada pelaku

Penarafan Dalam senarai carian yang teratas Dan dengan keyword kata kunci tertentu juga boleh dibayar pada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan kedudukan atau tempat yang tertinggi dalam senarai carian.

Teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci keyword dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link ExchangesOnsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kata kunci untuk memberi maklumat sesebuah laman web dll. Beberapa teknik Black Hat SEO adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, dll.

Computer juga mengunakan program-program yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik dalam perlaksanaan SEO, seperti Link
 Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dll.

Pengunaan reset keyword

Bagi penggunaan kata kunci pula adalah seperti : 

Google Adwords 
Keyword Tool
Google Trends 
Google Insights for Search
Google Correlate
Google Related Searches
BuzzFeed
Alexa
Soovle
Keyword Discovery
Kgen
Keyword Questions
SearchStats Plugin

Sudah baca? Bagaimana cara mengunakan google keyword

Program pada komputer menggunakan teknik Onsite Analysis seperti 

  • Google Analytics 
  • HubSpot Marketing Grader
  • SEOTools for Excel 
  • SiteTrail for Chrome 
  • SEOQuake 
  • SEOBook

SEO for Chrome digunakan untuk penarafan Dalam senarai carian oleh sesebuah laman web carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian yang telah menggunakan teknik tertentu yang bersesuaian dengan cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan dan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, dengan ini meningkatkan capaian oleh traffik serta pengunjung terutamanya di internet.
Jadi, dengan ini akan dapat meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Contoh : 

Apabila pengguna menaip perkataan 'popular' pada laman search Google, alamat laman web : http://tehokaw.com akan berada dalam kelompok senarai lima tertinggi. 

Tidak dapat dinafikankan biasa pengguna akan lebih memilih untuk klik atau masuk ke laman web paling atas. Paling tidak pun senarai kelompok antara 1-8 menjadi tumpuan kebanyakkan bagi pengguna serta pembaca untuk mencari bahan bacaan atau info msklumat terkini.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada Kita semua dalam mempelajari pengunaan teknik SEO yang lebih mendalam. So Kita perlu berhati-hati Dalam mengunakan teknik, pastikan teknik Yang benar-benar betul Dan menyakinkan..selamat berblogging dan selamat berjaya
.


Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama

Translate