Rahsia khasiat bunga ramai tidak tahu


MERAIKAN kasih dan sayang sepasang kekasih,tidak lengkap rasanya kalau tanpa bunga jambangan, bunga yang indah lagi sebagai hadiah istimewa buat si insan yang tersayang.Rupanya nan indah dengan ditambahkan lagi bauan serta haruman semerbak menjadikan bunga sebagai penyeri dan lambang cinta abadi, tanda kasih dan sayang yang segar mewangi.

Namun jangan dilupa,setiap kuntuman bunga ada kekuatan serta aura yang tersebunyi kuasa yang tidak kita ketahui, bunga bukan sekadar hanya terletak pada keindahan rupa sahaja serta baunya tapi disebaliknya ia turut memiliki efek serta kesan positif terhadap kesihatan manusia.

Bunga sundal malam merangsang aktiviti mood romantik


Khasiat bunga-bungaan
Khasiat bunga-bungaan


Khasiat bunga sundal malam - bunga sundal malam yang berasal dari Mexico ,bunga sundal malam atau dikenali sebagai bunga sedap malam mampu memberikan atau menimbulkan mood romantik dalam diri setiap individu yang keluar malam menghampiri pokok yang ditanam berhampiran iaitu bunga sundal malam. Disebabkan itu juga,anak-anak serta gadis di negara india dan Perancis dilarang sama sekali untuk mencium haruman bunga sundal malam pada malam hari kerana takut dikhuatiri akan merangsang aktiviti seperti seksual gangguan emosi ke arah itu. Bagi masyarakat Jepun pula menganggap bunga sundal malam dengan menganggap keharuman bunga itu satu lambang cinta yang benar-benar menusuk ke hati jiwa mereka.

       Jadi bukan itu sahaja, bunga harum sundal malam turut mempunyai khasiat yang luar biasa dapat menenangkan jiwa, hati, fikiran dan membuka chakra tubuh sehingga dapat meningkatkan kekuatan fizikal serta rohani pada seseorang. Selaian itu dari itu juga bunga sundal memperkuatkan daya artistik dalam diri setiap individu dimana kemampuanya untuk merangsangkan sisi kanan pada bahagian otak yang berkait rapat dengan bahagian kreativiti urat saraf. Ketenangan fikiran yang diperolehi dan hati juga mampu dinikmati oleh individu menerusi rangsangan dari bunga sundal malam tersebut.


Khasiat bunga mawar merawat batuk berdarah

Khasiat bunga-bungaan
Khasiat bunga-bungaan

Tidak hanya memiliki rupa indah dan bau memikat jiwa,bunga mawar atau ros turut memiliki khasiat perubatan yang tiada taranya. Selamat dimakan begitu sahaja,minyak pati bunga mawar mengandungi geraniol dan limonena yang berfungsi sebagai antiseptik, pembunuh kulat penyebab keputihan dan menambah daya ketahanan tubuh.

Sering digunakan dalam bentuk minuman khasiat untuk menyembuhkan penyakit berkaitan hati dan usus, bunga mawar kering yang direndam dengan secangkir air panas serta sedikit gula batu mampu merawat batuk berdarah jika dimulakan secara berterusan.

Khasiat bunga awet muda


Amalan memakan kelopak bunga mawar sejak usia remaja membantu meremajakan kulit dan menjadikan wajah awet muda. Manakala air rebusan bunga mawar jingga bersama daun lidah buaya pula berupaya melancrkan haid wanita.

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama